Wednesday 10 July 2013

PRK KUALA BESUT: LANTIK SEBAGAI PENGARAH PRK,SIFIR MUDAH PAS UNTUK TENDANG KELUAR HUSAM!


Husam Musa antara senior PAS yang tidak dilantik sebarang jawatan dalam kabinet baru kerajaan Pas Kelantan. Apa yang berlaku membuktikan bahawa tiada peranan untuk Husam dalam kabinet baru kerajaan Pas Kelantan.

Berita yang sampai ke telinga, jika memberi Husam jawatan di dalam kabinet seumpama menunggu kehancuran kabinet Pas Kelantan. Apa tidaknya, Husam bukan jenis manusia yang suka bekerjasama dengan rakan-rakan dalam exco malah dia jenis suka beri arahan bukan menerima arahan.

Dengan perlantikan Husam sebagai pengarah PRK Kuala Besut ini,dia akan berdepan dengan TS Muhyidin yang dilantik sebagai pengarah jentera BN PRK Kuala Besut.

Rungutan yang mula diterima termasuk sumber dalaman PAS, katanya Husam tidak berminat untuk memikul tugas sebagai pengarah PRK Kuala Besut dan dia berkeinginan sangat hanya untuk memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan sahaja.

Perlantikan Husam sebagai pengarah PRK oleh Pas mungkin akan menimbulkan banyak masalah bila dia sendiri sebenarnya tidak sekufu dengan pemimpin Pas yang lain.

Sebagai pengarah jentera PRK dia sebenarnya tidak lagi diberi kuasa sepenuhnya untuk mengemudi jentera kerana pemimpin Pas yang dilihat tidak sekufu dengannya turut dilantik didalam jawatan kuasa bersama untuk membantunya.

Apakah ini sifir mudah atau strategi PAS untuk menendang Husam keluar dari Pas?

Kerana jika calon PRK dari PAS kalah, sudah pasti Pas akan senang menunding jari kepada Husam kerana gagal mengemudi jentera sehingga tewasnya calon dari Pas kepada calon BN.

Husam sebenarnya hamPAS yang menunggu giliran untuk dibuang dari Pas!





No comments:

Post a Comment

TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA