Tuesday 13 October 2015

AKU YANG TAK UNDI BN PUN KENA BAYAR TOL




Pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat (PAS,PKR,DAP) di Selangor bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan menghalang syarikat konsensi tol terus menaikan kadar tol.

Ekoran beberapa syarikat konsensi tol seperti Lebuhraya Shah Alam KESAS, Lebuhraya Sprint dan beberapa tol yang berada dalam kerajaan negeri Selangor dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan telah menaikan kadar terbaru tol sekali ganda lagi. 

Bukankah kerajaan negeri melalui pentadbiran pakatan di Selangor mempunyai saham lebih 40% dalam syarikat konsensi tol terbabit ?

Jika pentadbiran kerajaan Pakatan ikhlas dan berkebajikan mengapa bayaran royalti yang diterima dari syarikat konsensi tol terus diterima, kenapa tidak sahaja hasil kutipan royalti tersebut dibayar sahaja kepada syarikat konsensi semula, supaya syarikat konsensi tol cepat menyelesaikan hutang mereka dan seterusnya menutup tol-tol yang ada di Selangor.

ADC percaya, peningkatan jumlah kenderaan yang melalui tol-tol dalam negeri Selangor khasnya dalam tol syarikat konsensi yang mempunyai saham kepada pentadbiran negeri sampai kiamat pun mereka akan kutip dan naikan harga.

Inilah harga yang perlu dibayar oleh rakyat Selangor kerana mengundi pakatan pembangkang ! malah pengundi yang tak undi BN pun tetap kena bayar tol yang tinggi di Selangor.

No comments:

Post a Comment

TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA