Thursday, 5 October 2017

RUMAH STAFF MASJID KENA ROBOH ' BUKAN ISLAM ' KE MENTERI BESAR SELANGOR NI ?






Rumah ini dibina atas kebenaran pihak masjid sejak ketika lama dahulu, di awal kewujudan jawatankuasa masjid subang lagi.

Mereka membina atas kudrat dan sumber kewangan sendiri yang terhad dengan habis duit simpanan peribadi dimana imam dan kakitangan masjid berasa bertanggungjawab memikul amanah menjaga masjid tersebut.

Namun atas kepentingan nama pembangunan ehsan, mereka 'di halau' tanpa pembicaraan daripada pihak pengadilan.

Ini berlaku di negeri Selangor, dimana Menteri Besarnya seorang yang beragama Islam. Syabas YB Ds Azmin Ali, leka diulit dan dipintal janji hingga merelakan saja hal ini berlaku tanpa memberi pembelaan sewajarnya.

Hebat Sivaraja, hingga Azmin Ali tak mampu membela orang islam lagi.

Wednesday, 4 October 2017

PLOT SANDIWARA OXFORD SYED SADDIQ BAKAL KE TAYANGAN TV




Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq yang dikatakan cuba meraih simpati dan populariti dengan mereka plot cerita menolak tawaran ke oxford kerana ingin menjadi calon PH seperti anak hilang kasih sayang.

Oleh kerana plot sandiwaranya hingga ada babak menitiskan airmata, ramai yang melihat syed saddiq ada bakat dalam dunia lakonan.

Kami di ADC menanti plot sandiwara ini lekas-lekas di dramakan, kerana ramai merasakan ini babak yang paling lawak terjadi pada seorang pemimpin politik muda yang rela dirinya menjadi perkakas politik dan bersedia dimandulkan.

Wednesday, 27 September 2017

AHLI POLITIK PKR INI BINA SYARIKAT SIMPAN DUIT SUMBANGAN ORANG RAMAI UNTUK BAYAR DIRI SENDIRI.




Tidak perlu diperkenalkan siapa pemimpin politik ini, umum mengenalinya sebagai pemimpin muda dari parti pkr yang sering melakukan serangan fitnah untuk terus mengekalkan identitinya sebagai selebriti politik.

Lupakan seketika kegiatan fitnah yang pernah beliau lakukan, kita hanya minta satu hari nanti fitnah yang pernah dilemparkan akan berlaku terhadap dirinya.

***

Hari ini, heboh cerita pemimpin ini membina syarikat untuk membayar dirinya sendiri, lebih kurang macam seleweng duit untuk kepentingan diri.

DENGAN BERMODALKAN MEMEK MUKA SEDIH DAN KASIHAN

26 Julai 2017 : Dengan memek muka yang penuh simpati beliau berlakon depan kamera memohon derma daripada rakyat Malaysia untuk membayar ganti rugi terhadap fitnah yang dilakukannya. Katanya untuk mengelak dirinya dari diisytihar muflis.
04 Ogos 2017 : Dengan penuh bangganya dia mengumumkan dia berjaya mengutip derma RM 1.5 juta dalam masa 10 hari daripada orang ramai. Angka yang diperlukannya hanya RM 300’000.00
Sumber : Rizal Mansor

***

Bagaimana syarikatnya beroperasi kemudian berfungsi untuk membayar dirinya sendiri.






Mewujudkan syarikat Invoke Solution Sdn. Bhd, kemudian sumbangan orang ramai yang simpati terhadap kesnya di masukan pula ke dalam akaunnya sendiri.

Kemudian wujud satu lagi syarikat perantara, KEIP Resourses Sdn. Bhd.

Sumbangan orang ramai yang sepatutnya dibayar untuk kes bankrapnya, digunakan untuk membayar dirinya.





32 BILLION GHAIB TAK TAHU, DASAR PENSWASTAANNYA MAS LINGKUP TAK TAHU, APA SUDAH JADI DENGAN TUN MAHATHIR.




MANA PERGI HUJAH BERNAS TUN MAHATHIR.

32 BILLION DUIT GHAIB DAN HILANG JAWAPANNYA " TAK TAHU "

MAS LINGKUP AKIBAT DASAR PENSWASTAAN DI ERANYA PUN JAWAPANNYA " TAK TAHU "

DIA AKAN TAHU BILA MASA UNTUK BUAT RAKYAT MARAH.

DIA MARAH MAS BELI PESAWAT BARU SECARA PAJAKAN, ZAMAN DIA DULU BELI PESAWAT CARA PAJAKAN JUGA.

ORANG IKUT CARA DIA, DIA BOLEH KATA MAS IKUT KEHENDAK PERIBADI NAJIB RAZAK.

TUN MAHATHIR KAMI DI ADC SARANKAN TUN BERHENTI MELALUT DAN JADI PENGACAU, YANG MALU NANTI TUN JUGA.




Tuesday, 26 September 2017

ADUN ISLAM DALAM KERAJAAN PH SELANGOR TAK RAMAI, TAK BERMAKNA AZMIN ALI KENA IKUT TELUNJUK.



Pembaca di ADC amat berharap Menteri Besar Selangor, YB Azmin Ali tegas menyatakan keputusan menolak sebarang penganjuran festival beer di negerinya. Terdahulu , Menteri Besar itu berbelit-belit lidah menjawab soalan wartawan berhubung kemungkinan penganjuran Better Beer Festival 2017 mungkin akan berpindah penganjuranya di Selangor, setelah DBKL menolak kelulusan penganjur untuk diadakan dikawasan pentadbirannya.

Semalam YB Azmin Ali meminta pihak utusan malaysia menarik balik artikel yang kononya memutar belit kenyataan yang bertujuan memburukkan imej beliau seolah-olah beliau bersetuju penganjuran pesta arak di negerinya.

Namun YB Azmin Ali tidak sedar kenyataan itu adalah benar terkeluar dari mulutnya sendiri yang mana kerajaannya membayangkan festa itu tiada masalah dianjurkan atas nama prinsip sesuatu kaum. ADC heran , mengapa pemimpin ini cepat benar lupa, wartawan manalah tahu masa bila Azmin Ali mahu buat lawak dan berjenaka.

Itulah susah kalau jadi menteri besar boneka, mudah benar kena cucuk hidung.


Monday, 25 September 2017

NETIZEN INI BAGITAU LAWATAN AZMIN ALI BAWA PELABURAN CHINA KE SELANGOR GAGAL ANDAI BUKAN USAHA KERAS PM NAJIB DAN KERAJAAN PERSEKUTUAN.




Kenyataan Media

Lawatan Azmin ke China Bukti Pembangkang Hipokrit

1) YAB Menteri Besar Selangor, Dato' Azmin Ali baru sahaja selesai mengadakan lawatan ke China dengan alasan untuk menarik lebih banyak pelaburan ke China.

2) Walaupun belum lagi dikeluarkan apa-apa laporan hasil lawatan tersebut, ternyata segala yang cuba diraih oleh kerajaan negeri Selangor adalah hasil dari inisiatif dan kerja keras yang telah dimulakan oleh Kerajaan Persekutuan.

3) Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Najib Tun Razak telah menggerakkan pelbagai usaha bagi membawa masuk pelaburan dari China sama ada melalui Government-to-Government (G2G), Businesss-to-Business (B2B) mahupun People-to-People (P2P) termasuklah yang dibuat ketika lawatan Perdana Menteri ke China pada bulan Mei lalu.

4) Hasilnya, jumlah pelaburan China ke Malaysia dari usaha yang dibuat oleh Perdana Menteri ini mencecah lebih dari RM30 bilion. Usaha kerajaan persekutuan ini juga telah memungkinkan syarikat terkenal dari China iaitu Ali Baba Group untuk membuka hub pengedarannya di Sepang yang secara langsung dan tidak langsung akan membawa pulangan kepada kerajaan negeri Selangor.

5) Namun, kejayaan Perdana Menteri membawa sejumlah pelaburan yang besar ini telah dijadikan modal politik apabila pihak pembangkang mendakwa kerajaan persekutuan sedang menjual negara kepada China.

6) Harus diingatkan di sini, keberadaan Azmin Ali di negara China tidak mungkin akan berlaku jika tiadanya usaha yang dibuat oleh Perdana Menteri dan kerajaan persekutuan.

7) Selain ini, lawatan Azmin Ali ini juga jelas adalah suatu lagi tindakan hipokrit oleh pihak pembangkang yang selama ini menyatakan segala usaha pelaburan yang dibuat kerajaan persekutuan sebagai sesuatu yang tidak memberi keuntungan kepada negara.

8) Rakyat juga tidak harus ditipu melalui segala terma ekonomi serta pelaburan yang digunakan oleh pihak pembangkang dalam cubaan mengelirukan kefahaman rakyat serta membandingkan usaha mereka dengan perkara yang dibuat oleh kerajaan persekutuan.

9) Rakyat tidak lupa juga sikap hipokrit pembangkang apabila kerajaan negeri Pulau Pinang turut sama mendapatkan pinjaman dari negara China bagi menampung perbelanjaan pembangunan di negeri tersebut.

10) Apa yang pasti, pihak pembangkang hari ini umpama meludah ke langit. Cukup-cukuplah mengelirukan rakyat dengan sikap hipokrit mereka. Tindakan mereka ini bukan sahaja hipokrit malah cuba meraih keuntungan dan hasil dari usaha yang telah mereka kritik sebelum ini.


Budiman Mohd Zohdi
Ahli Parlimen Sungai Besar
25 September 2017 / 9 pagi

TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA