Saturday 9 May 2015

BACA DULU : PELABURAN TABUNG HAJI DI TRX BIJAK @Tabung_Haji



1. Isu Tabung Haji yang membuat pelaburannya dalam pembangunan hartanah dengan perjanjian pembelian tanah milik 1Malaysia Davelopment Berhad 1MDB menjadi topik hangat dibincangkan oleh banyak pihak.

2. Berbagai tohmahan & tuduhan yang dibangkitkan seolah-olah pihak Tabung Haji diminta untuk membantu menyelesaikan masalah dalaman kronik melibatkan kewangan 1MDB (tuduhan jahat) ; sedangkan ini adalah keputusan komesial yang menepati risiko dan melalui proses penilaian dalaman yang sangat terperinci.

3. Kemuncaknya pen-deposit mula rasa curiga dan was-was apabila ada pihak mula menyeleweng fakta dengan berniat cuba mencemarkan imej institusi kewangan Islam ini dengan dikaitkan masalah yang kononya dibawa 1MDB.

4. Pendedahan proposal prospek yang ditawarkan oleh pihak 1MDB kepada Tabung Haji oleh penghianat dalaman telah mewujudkan satu keadaan yang mengejutkan semua pihak terutamanya pen-deposit.

5. Penjelasan Tabung Haji mengenai Pelaburanya Dalam Pembangunan Tun Razak Exchange (TRX) sudah cukup memberi gambaran ; ini merupakan strategi pelaburan hartanah TH yang memberi tumpuan kepada sektor demestik. Malah pulangan dari pembangunan kediaman boleh mendapat keuntungan yang menguntungkan.

Pembelian hartanah pada harga RM 188.5 juta adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ianya telah dinilai oleh sebuah badan penilaian yang bebas - TH

6.  Proposal yang ditawarkan oleh pihak 1MDB kepada THP - Tabung Haji Properties bermula sejak awal tahun 2014 lagi ; sudah pasti ianya dibuat awal sebelum 1MDB dikatakan bermasalah. (sebenarnya ini tuduhan). Mengapa timbul isu TH diminta selamatkan 1MDB ? sedangkan dimasa yang sama ada 3 buah syarikat lain yang sudah membeli tanah yang ditawar oleh 1MDB.

7. Bagi pen-deposit ; simpanan anda tidak disonglap oleh TH seperti cakap-cakap s'setengah pihak untuk diberikan secara percuma membantu 1MDB.

8. Tabung Haji sudah 58 tahun (kalau tak silap) wujud ; mereka sangat komited dengan pelaburan yang memberi pulangan positif pada masa hadapan.

9. Peranan Tabung Haji dalam melaksanakan Islamic Banking & Pelaburan mengikut kepatuhan syariah dalam setiap pelaburan sangat diyakini ; kenapa kita lebih mempercayai cakap2 yang tiada asasnya.

10. Setiap tahun Tabung Haji menguruskan perjalanan haji untuk berpuluh ribu jemaah haji Malaysia - jika mereka tidak untung ; jangan kata mengurus nak hantar jemaah haji pun mereka tak mampu.

11. Kitalah yang memastikan institusi kewangan Islam kita dipelihara dan kekal sampai bila-bila. Fikirlah.


ADC : Kerana pendepositlah THP ada duit nak melabur - duit pen-deposit diamanahkan untuk pelaburan yang halal , bersih dan menguntungkan.





1 comment:

  1. Melayu yg befikiran cetek sahaja yg tak tahu menilai pelaburan ini..
    Dan juga melayu pembangkang. .
    Bangsa lain ketawa dah tepuk dahi melihat dan membaca kebodohan melayu di tanah melayu

    ReplyDelete

TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA