Monday, 15 April 2019
KEMBALI SELEPAS BEREHAT
Alhamdullilah...
ADC akan kembali menulis seperti biasa.
Semoga pejuangan kita diberkati.
#PHSepenggal
Monday, 20 November 2017
ANWAR DILAWATI PEMIMPIN NO 1 DAN NO 2 NEGARA. HEBAT PEMIMPIN UMNO.
Satu ungkapan yang tepat " berjiwa besar ".
Inilah sikap dimiliki oleh pemimpin umno/bn sejak dulu lagi, dimana kematangan berpolitik mereka tidak boleh di tandingi oleh mana-mana pemimpin politik pembangkang.
W'laupun pernah dihina, dicerca, difitnah dan apa sahaja ucapan buruk pernah dilemparkan terhadap mereka berdua, namun tidak pernah membuat mereka berasa jauh hati dan berdendam.
Kami di ADC angkat topi untuk pemimpin no 1 dan no 2 negara kerana menunjukan kematangan politik sebenar dan inilah formula terbaik rakyat tetap menyokong bn/umno.
Thursday, 16 November 2017
#CECDAP TEMPAT MELAYU DAP CUMA SEBAGAI ALAT PERKAKAS
Amat malang tiada seorang melayu DAP menang jawatan tertinggi Pusat DAP. Apa lagi yang mereka tunggu, mereka sebenarnya lupa bahawa melayu dalam DAP hanya layak untuk menjadi alat perkakas agenda pejuangan parti DAP.
KAMI DI ADC telah ingatkan banyak kali, DAP adalah parti cauvenis, rasis dan penghasut.
Wednesday, 8 November 2017
AIR MASIH CETEK BELUM SAMPAI PARAS HIDUNG, DAH TENGELAM NANTI BARU KAMI DATANG BANTU
AIR MASIH CETEK BELUM SAMPAI PARAS HIDUNG, DAH TENGELAM NANTI BARU KAMI DATANG BANTU.
Inilah peragai pemimpin pembangkang, ketagih politik lebih teruk daripada ketagih candu, yang mana mereka tak boleh nak membezakan mana yang lebih utama.
Hampir lumpuh negeri Pulau Pinang tenggelam banjir mereka boleh pulak tak rasa apa-apa, mereka mengutamakan ikon reformasi yang masih di penjara dari rakyat yang terkena musibah yang sangat memerlukan bantuan.
Apakah mereka ini, masih menjadi sandaran dan harapan bila rakyat menghadapi situasi sukar ? Tanya diri kita sendiri.
Wednesday, 25 October 2017
KENAPA MAHU JEJAK JHO LOW , YANG PATUT DI CARI OTAK PEMBANGKANG YANG LAMA HILANG DI MALAYSIA.
ADC melihat soalan tambahan YB Azmin Ali semalam kepada Menteri Dalam Negeri hanyalah helah jahat dirancang awal untuk menimbulkan kekeliruan supaya portal Malaysiakini boleh melaporkan kononnya ada arahan kepada Interpol menjejaki Jho Low.
Kenapa Jho Low tidak lagi relevan.
+++++++
Zahid betul, Jho Low sudah tidak relevan
1. Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi amat tepat apabila menegaskan bahawa tiada keperluan untuk mendapatkan bantuan Interpol bagi mengesan ahli perniagaan, Jho Low kerana ia tidak lagi relevan.
2. Kenapa Malaysia tidak perlu lagi mengesan Jho Low? Pertama kerana tiada bukti yang menunjukkan Jho Low melesapkan dana 1MDB dan melanggar sebarang undang-undang di Malaysia berkaitan isu 1MDB. Kedua, kerana terbukti melalui prosiding dan Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), tiada wang 1MDB yang dicuri oleh mana-mana pihak. Ketiga, jika terdapat bukti bahawa Jho Low melesapkan atau mencuri wang 1MDB, sudah pasti PAC yang turut dianggotai ahli Parlimen pembangkang telah memanggil Jho Low untuk disoal dalam prosiding berkenaan 1MDB atau mencadangkan agar pihak berkuasa menyiasatnya seperti cadangan PAC untuk menyiasat bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB.
3. Kenapa FBI dan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) masih menyiasat Jho Low? Pertama, kerana sebelum ini mereka belum membuat siasatan yang lengkap berkaitan kes 1MDB, sebaliknya hanya bergantung kepada aduan yang dibuat kepada mereka sebelum ini. Kedua, kerana mereka mendakwa Jho Low melanggar undang-undang AS. Maka memang wajar mereka menyiasat Jho Low. Pihak berkuasa negara lain juga wajar berbuat demikian jika didapati Jho Low melanggar undang-undang negara mereka.
4. Benarkah wang 1MDB dicuri? Sehingga kini, tiada bukti wang 1MDB dicuri. Pendakwa raya kes yang dikatakan berkaitan 1MDB di Singapura juga tidak pernah memanggil 1MDB sebagai saksi pendakwa untuk mengesahkan bahawa duit 1MDB yang dicuri dan digubah di sepanjang perbicaraan kes di mahkamah Singapura.
5. Sehingga sekarang, bukan 1MDB yang membuat aduan kehilangan wang, sebaliknya dana kekayaan Abu Dhabi, iaitu IPIC dan syarikatnya Aabar PJS. Ada dakwaan bahawa Jho Low mempunyai kaitan dengan bekas pegawai-pegawai syarikat IPIC dan Aabar PJS. Namun sehingga kini, tiada berita bahawa pihak berkuasa Abu Dhabi berusaha mendapatkan bantuan Interpol untuk mengesan dan menangkap Jho Low untuk dibicarakan di negara tersebut.
Oleh:
Tun Faisal Ismail Aziz
Monday, 16 October 2017
FOTO LAWATAN TPM KE KEM PELARIAN ROHINGNYA DI COX'S BAZAR, BANGLADESH YANG BOLEH 'MERUNTUM JIWA' KITA.
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Ds Zahid Hamidi hari ini membuat lawatan misi kemanusiannya ke Kem Pelarian Etnik Rohingnya, di Cox's Bazar, Bangladesh. Kem pelarian ini antara kem pelarian yang terpadat menempatkan pelarian etnik rohingnya berjumlah kira-kira 500 ribu orang.
Timb. Perdana Menteri juga menyifatkan kem pelarian ini yang paling daif dalam dunia. Kepedulian dan keseriusan beliau terhadap layanan yang diterima oleh etnik rohingnya tidak boleh diterima akal waras manusia. Usaha kerajaan Malaysia, melalui kehadiran beliau sendiri telah menampakkan hasil cadangan awal dari keperihatinan beliau sendiri supaya sebuah hospital medan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia serta menyeru orang ramai tidak mengira kaum membantu pelarian disana.
Kami di ADC , bersimpati dengan nasib yang menimpa etnik rohingnya ini dimana hak mereka telah dinafikan oleh kerajaan myanmar walaupun mempunyai tokoh nobel keamanan dunia di sana, namun membisu terus dalam isu ini. Malah membiarkan sahaja perbuatan pengusiran etnik rohingnya dalam wilayahnya melalui operasi khas tentera myanmar. Kami bangga dengan masa dan keprihatinan TPM sendiri turun melihat kesengsaraan pelarian etnik rohingnya disana.
Beberapa keping lagi foto yang boleh 'meruntum jiwa' sepanjang lawatan misi kemanusian TPM ke kem pelarian di Cox's Bazar, Bangladesh.
Subscribe to:
Posts (Atom)
TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA
-
Dari segi populariti, Nazir Hussin tidak perlu diperkenalkan lagi malah berpuluh ribu pekerja yang berjaya mendapat tempat dalam sektor pek...
-
Alhamdullilah... ADC akan kembali menulis seperti biasa. Semoga pejuangan kita diberkati. #PHSepenggal
-
ADC ucap selamat datang kepada raja paling berkuasa di dunia, Raja Arab Saudi, Raja Salman. Hubungan dua hala antara arab saudi dan mala...
-
ADC melihat soalan tambahan YB Azmin Ali semalam kepada Menteri Dalam Negeri hanyalah helah jahat dirancang awal untuk menimbulkan ...
-
Melalui semakan daftar pemilih di laman web Suruhanjaya Piliharaya Malaysia (SPR) MENDAPATI calon Amanah di PRK Sg Besar, Azhar Ab...
-
Ingatkan nasihat bijak maha pandai Menteri KPDNKK, Datuk Hasan Malik sebelum ini membuatkan harga ayam jatuh mendadak dan perniaga ayam gulu...