Wednesday, 8 January 2014

MANA PERGI HAMBA RAKYAT BILA PENGARANG THE HERALD PERLEKEH TITAH SULTAN SELANGOR !




Bukan sahaja biadap malah enggan mengakui kesilapannya apabila tetap tidak mahu menarik balik arahan supaya gereja katolik seluruh negeri Selangor terus menggunakan kalimah Allah dalam setiap perhimpunan keagamaan mingguan di Selangor.

Umat Islam sudah lama terguris dengan penghinaan Paderi Lawrence Andrew ini setelah dia tidak langsung menghormati sensitiviti umat Islam. Malah keengganan untuk memohon maaf membuktikan dia mendedahkan dirinya menjadi sasaran kemarahan dan dendam berterus oleh umat islam di negara ini.

Lagi menyedihkan apabila hamba rakyat negeri Selangor tidak langsung bersatu menentang kebiadapan paderi ini. Kerana terikat dengan fahaman politik masing-masing,mereka tidak melihat ini masalah besar umat islam keseluruhannya.

Jelas paderi Andrew sebagai biadab serta mencabar sensitiviti umat Islam termasuk memperlekehkan titah Sultan Selangor yang sebelum ini menitahkan supaya semua rakyat negeri ini tanpa mengira kaum serta latar belakang agama supaya akur dan patuh terhadap larangan pengunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam.


1 comment:

TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA