Saturday 1 April 2017
ZAHID PILIH PULIH KEPERCAYAAN MALAYSIA : KOREA UTARA.
Alhamdullilah.
Kesemua rakyat Malaysia yang bekerja di Kedutaan Malaysia di Korea Utara selamat tiba dengan selamat di tanah air kelmarin.Nampaknya usaha diplomasi yang menjadi amalan kerajaan Malaysia dan pemimpin tertinggi negara selama ini berjaya membawa balik kesemua rakyat kita pulang kembali tanpa banyak soal dari pemerintah korea utara.
Sudah pasti usaha diplomasi Malaysia dari awal lagi kelihatan tegas dan tidak sedikit berganjak seinci pun dalam menyelesaikan krisis antara Korea Utara, memperlihatkan kita ,Malaysia bukan negara yang senang dibuli dan digertak. Malah ketika Malaysia mengatur diplomasi, mata dunia sedang memerhatikan apakah tindakan kita. Silap langkah, ia boleh mengubah kedudukan antarabangsa kita buat selamanya.
Ketegasan kita sebahagian usaha diplomasi. Diplomasi yang dibuat oleh pemimpin tertinggi negara caranya sangat dipuji. Diplomasi bukan hanya berlemah lembut dan 'slow talk' saja. Dalam krisis Malaysia - Korea Utara, kita tidak boleh tunjuk lemah. Ini juga sebuah pertarungan, dimana mahu melihat siapa lebih cepat menyerah kalah. Cepat kita mengalah, ia tidak akan memihak kepada kita. Pihak lawan kita akan lebih menghormati kita kalau kita bertegas.
Zahid selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri dilihat amat bijak mengatur siap-siap usaha memulihkan hubungan dengan Korea Utara seperti sebelumnya. Zahid telah memberi gambaran bahawa krisis Malaysia-Korea Utara yang masih panas tidak menghalang hubungan diplomatik dibuat selepas memberitahu kedutaan Malaysia akan kekal beroperasi seperti sebelumnya. Apa yang sedang Zahid lakukan, umpama sedang memberi mesej, siapa yang sudah menang dan mendapat penghormatan. Tahniah Zahid, semakin dewasa mengurus krisis negara.
Rakyat Malaysia sudah pun diselamatkan, dengan cara penuh hormat. Kepercayaan antara kedua negara mesti dipulihkan kembali seperti sebelum krisis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA
-
Dari segi populariti, Nazir Hussin tidak perlu diperkenalkan lagi malah berpuluh ribu pekerja yang berjaya mendapat tempat dalam sektor pek...
-
Ramai yang menghentam apabila Sambutan Hari Lahir yang ke 61 tahun YB Ds Zahid Hamidi dibuat secara bermewah-mewahan di Hotel 5 Bintang sem...
-
ADC mengikuti rapat ulasan editor di blog Rezqeen Hill dan blog YuseriYusoff berkenaan saranan Saudara Jamawi Jaafar, Ketua Penerangan P...
-
Bertempat di Balai Pertabalan Istana Kerajaan Sulu, kira-kira jam 9.00 pagi tadi bersaksikan barisan kabinet bayangan 16 September 2008...
-
Hari ini dalam Dewan Dun Pulau Pinang, Paria… Adun Sri Delima dari DAP mengelar UMNO sebagai Parti Celaka. Ini bermakna R.S.N RAYE...
-
Sedih dan bersimpati dimana murid-murid non-muslim dan murid-murid tidak berpuasa ditempatkan di tandas/bilik persalinan untuk makan. ...
No comments:
Post a Comment