Sunday, 19 February 2017

NAK KATA APA LAGI ZAHARIN


Dia selalu berkata, dia perjuang UMNO/BN yang tulen...

Hari ini, dia juga jadi tetamu VIP majlis sambutan tahun baru cina anjuran  parti cap bunga dan PKR.

MAKAN LAH ZAHARIN... BERAPA ANG PAU DAPAT ?





Saturday, 18 February 2017

BIAR SAHAJA ZAMKATA DIA BODOH



SEPATUTNYA DIA BERDOA AGAR BALA, MUSIBAH DAN BENCANA DIJAUHI...BUKAN TUNDING JARI...







KEMARAAN ZAHID MULA DISEKAT OLEH GERAKAN HALUS



Keupayaan pertuturan bahasa inggerisnya pun menjadi bahan serangan peribadi.

Sejauh mana kesedaran dan perhatian yang diberikan, kelihatan jelas kemaraan zahid nampak mula disekat oleh gerakan halus yang dirancang sangat rapi untuk mengucar- kacir kepimpinannya. Sedarkah Zahid bahawa gerakan ini jika dibiarkan sahaja tanpa apa-apa tindakan sekatan sudah pasti boleh mengundang bahaya terhadap kedudukannya selaku orang nombor dua negara dan juga individu penting dalam kedudukan parti UMNO.

Jelas beberapa tindakan bermula dengan episod melaga-lagakan beliau dengan Perdana Menteri, Ds Najib sedang menjadi bahan hebahan dan perdebatan dikalangan ahli umno menerusi aplikasi whatapps dan di media sosial seperti akaun facebook.

Keadaan yang bersifat peribadi mula direka bagi mewujudkan keadaan seolah-olah ketegangan sedang berlaku antara Ds Najib dan Ds Zahid.

Walaupun seringkali kedua-dua mereka menafikan hubungan mereka keruh dan mengambil sikap berjiwa besar namun sejak akhir ini, bila persoalan ditimbulkan semula, semakin ramai pula yang percaya krisis antara mereka berdua benar wujud dan sedang berlaku.

Selepas isu surat berantai, dimana Zahid konon mencabar kedudukan jawatan Najib, gerakan halus ini mencari helah lain selepas isu itu telah diselesaikan segera oleh mereka berdua.

Bangkit lagi isu lain, jika Najib telah bersetuju untuk berundur, Zahid tetap tidak akan diberikan kedudukan mudah dimana jawatan perdana menteri tetap akan diberikan kepada sepupu beliau, Hishamuddin.

Jika melihat dan memahami isu, boleh kita fahami semua ini dibuat sebagai satu tanda gerakan mobilasi terancang yang dibuat untuk mengundurkan Zahid dari kedudukan sekarang, segala imej buruk seringkali dipertonjolkan kemudian di halakan kepada Zahid.

ADC percaya zahid sedar adanya usaha untuk mengundurkan beliau, dan paling mengejutkan usaha ini dibuat oleh kalangan 'clan' dalaman UMNO sendiri.

Serangan peribadi, gerakan halus wujud sebagai penanda bahawa pilihanraya umum ke 14 sudah semakin hampir.


'WACTHLIST' BANK NEGARA MALAYSIA ? BUKAN KOPERASI DINARDIRHAM BERHAD LAH...


ADC membaca artikel dari sebuah blog persendirian, menuduh dan membawa tohmahan mengenai kewujudan Koperasi DinarDirham Berhad yang menjalankan urusniaga dan perniagaan yang tidak berdaftar sebagai sebuah koperasi yang sah. Penulis blog ini, cuba membawa cerita yang dipercayai direka tanpa asas bagi tujuan memburukkan inovasi kejayaan yang telah tercipta dari seorang pemuda melayu yang berjaya di peringkat global.



Baca tuduhan dan fakta direka dari blog ini > www.shamsuriyadi.com

Beberapa bukti diperolehi dan sangat menyakinkan bahawa Koperasi DinarDirham Berhad telah beroperasi secara sah dan bukan 'watchlist' dari Bank Negara Malaysia (BNM) seperti yang didakwa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.



Ada beberapa tuduhan berbentuk persoalan yang ditanya oleh penulis blog tersebut telah dijawab oleh sebuah lagi laman blog persendirian. ADC kira segala tohmahan tersebut secara keseluruhan telah dijawab oleh penulis blog ini.


ADC punyai satu sikap, perkara yang tidak betul perlu dibetulkan, lagipun inovasi kewangan ini masih baru di Malaysia, kenapa tidak sahaja diberikan peluang dan ruang ? 


Wednesday, 15 February 2017

PRESIDEN FAM 2017 ; ANAK RAJA ATAU ORANG POLITIK



Siapa yang bakal jadi Presiden FAM 2017 ia sangat dinanti...

Ada yang berfikir, siapa sahaja yang menjadi presiden FAM tidak penting ; mereka hanya mahu kepimpinan baru yang meneraju FAM memperlihatkan pasukan Malaysia berada pada landasan yang betul.

Siapa yang ada sifir begini , ADC nak ketuk kepala dengan senduk !!!

Bakal Presiden FAM adalah penentu kemana hala tuju persatuan bolasepak Malaysia berprestij ini pergi, kalau bawa sentimen politik dalam bola, pakat hancur semula lah FAM ; kalau bagi anak raja, maka beliau kena terimalah kritikan atau kutukan - jangan pulak nanti marah kalau muka anjing mereka bawa letak dalam stadium.




Wednesday, 8 February 2017

INOVASI BARU KEWANGAN BAWA ANAK MUDA MALAYSIA INI TERKENAL #DinarDirham #AraiEzzra


Ya. Bidang ini masih baru di Malaysia.

Tidak se-popular perniagaan berasaskan sistem forex di Malaysia, namun asasnya sama, mereka yang terlibat dalam inovasi baru kewangan peringkat global mengiktiraf keupayaan inovasi ini, namun kata Ketua Pegawai Teknologi, Muhd Azrainuddin DinarDirham ,  dunia masih tiada kemampuan untuk mengetahui sejauh mana kehebatan teknologi kewangan ini kerana belum pernah dibangunkan dan diguna pakai oleh mana-mana pihak.




Rahsianya ada ditangan anak muda ini Arai Ezzra .

“Ia dapat menyelesaikan pelbagai isu dan masalah timbul melalui transaksi yang telus, yang menggunakan teknologi blockchain," kata anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak itu.

Bidang ini di peringkat global hanya didominasi oleh individu dan pihak yang sudah mengetahui inovasi kewangan masa hadapan, dengan adanya individu seperti Arai Ezzra pengasas DinarDirham Malaysia perlu sedar dan lebih terbuka dalam menerima inovasi yang boleh mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan perniagaan.


Ini salah satu cabang perniagaan masa depan, beri kepercayaan dan tanya mengapa kita patut mengakuinya.






TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA