Wednesday, 25 October 2017

KENAPA MAHU JEJAK JHO LOW , YANG PATUT DI CARI OTAK PEMBANGKANG YANG LAMA HILANG DI MALAYSIA.





ADC melihat soalan tambahan YB Azmin Ali semalam kepada Menteri Dalam Negeri hanyalah helah jahat dirancang awal untuk menimbulkan kekeliruan supaya portal Malaysiakini boleh melaporkan kononnya ada arahan kepada Interpol menjejaki Jho Low.

Kenapa Jho Low tidak lagi relevan.


+++++++

Zahid betul, Jho Low sudah tidak relevan

1. Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi amat tepat apabila menegaskan bahawa tiada keperluan untuk mendapatkan bantuan Interpol bagi mengesan ahli perniagaan, Jho Low kerana ia tidak lagi relevan.

2. Kenapa Malaysia tidak perlu lagi mengesan Jho Low? Pertama kerana tiada bukti yang menunjukkan Jho Low melesapkan dana 1MDB dan melanggar sebarang undang-undang di Malaysia berkaitan isu 1MDB. Kedua, kerana terbukti melalui prosiding dan Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), tiada wang 1MDB yang dicuri oleh mana-mana pihak. Ketiga, jika terdapat bukti bahawa Jho Low melesapkan atau mencuri wang 1MDB, sudah pasti PAC yang turut dianggotai ahli Parlimen pembangkang telah memanggil Jho Low untuk disoal dalam prosiding berkenaan 1MDB atau mencadangkan agar pihak berkuasa menyiasatnya seperti cadangan PAC untuk menyiasat bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB.

3. Kenapa FBI dan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) masih menyiasat Jho Low? Pertama, kerana sebelum ini mereka belum membuat siasatan yang lengkap berkaitan kes 1MDB, sebaliknya hanya bergantung kepada aduan yang dibuat kepada mereka sebelum ini. Kedua, kerana mereka mendakwa Jho Low melanggar undang-undang AS. Maka memang wajar mereka menyiasat Jho Low. Pihak berkuasa negara lain juga wajar berbuat demikian jika didapati Jho Low melanggar undang-undang negara mereka.

4. Benarkah wang 1MDB dicuri? Sehingga kini, tiada bukti wang 1MDB dicuri. Pendakwa raya kes yang dikatakan berkaitan 1MDB di Singapura juga tidak pernah memanggil 1MDB sebagai saksi pendakwa untuk mengesahkan bahawa duit 1MDB yang dicuri dan digubah di sepanjang perbicaraan kes di mahkamah Singapura.

5. Sehingga sekarang, bukan 1MDB yang membuat aduan kehilangan wang, sebaliknya dana kekayaan Abu Dhabi, iaitu IPIC dan syarikatnya Aabar PJS. Ada dakwaan bahawa Jho Low mempunyai kaitan dengan bekas pegawai-pegawai syarikat IPIC dan Aabar PJS. Namun sehingga kini, tiada berita bahawa pihak berkuasa Abu Dhabi berusaha mendapatkan bantuan Interpol untuk mengesan dan menangkap Jho Low untuk dibicarakan di negara tersebut.

Oleh:

Tun Faisal Ismail Aziz

2 comments:

TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA