ADC memang tertarik nak mengulas pemilihan sayap PEMUDA UMNO 2013 yang akan berlangsung kira-kira bulan oktober depan.
Pentas pemilihan Pemuda UMNO memang sudah dijangka panas apabila jawatan kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah kosong dan seramai 6 muka disenarai akan bertanding merebutnya.
Malah ada yang melihat pertandingan ini sebenarnya sengit walaupun ada calon menafikan mereka bercakaran sesama sendiri dengan menggunakan kaedah selamat 'pertandingan adik beradik'...sedangkan masing-masing calon sudah mula mengatur strategi.
Nampaknya pemilihan kali ini terarah kepada perebutan kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan yang heranya mengapa pelapis paling kanan pemuda tertumpu hanya kepada pelawanan menawan kerusi Naib Ketua Pemuda sahaja sedangkan perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO sesiapa pun ada harapan untuk menang dan tewaskan Ketua Pemuda yang ada ..mana perginya kumpulan pemuda sebegini!.... mengapa tidak ada yang berani merebut kerusi Ketua Pemuda...?
Pemuda yang ter-kananan ini wajar berani tampil merebut kerusi Ketua Pemuda UMNO juga dan ini adalah amalan politik subur yang tepat.
ADC percaya bahawa ramai pelapis pemuda mempunyai kekuatan dalam sayap pemuda dan sudah tiba masanya... gunakan-lah..!
Kelemahan Ketua Pemuda UMNO sekarang wajar diambil kesempatan oleh ahli pemuda yang hebat untuk kehadapan.
Jangan biarkan Ketua Pemuda UMNO sekarang hanya duduk bersenang- lenang tanpa tiada siapa pun berani untuk mencabarnya...
"APAaaaa Daaaa..takut ka nak lawan aku" |
Satu klue untuk pemuda UMNO semua....kekuatan Ketua Pemuda Malaysia aka Khairy Jamaluddin bukannya sokongan dari dalam pemuda....tetapi kekuatannya hanya dikelompok luar....
Oleh itu...
Jadi...berkira-kiralah wahai pemuda yang hebat..tampil kehadapan...lawan merebut kerusi Ketua Pemuda juga....
ADC: Kalau jaga hati ketua..kita yang rugi..selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment