Sunday, 15 December 2013

ANGGOTA NAVY MATI DI BULI @NajibRazak @HishammuddinH20 @mykamarul SILA SIASAT !


Hampir seminggu kejadian ini berlaku, laporan asal siasatan yang diberikan kepada keluarga mangsa berkaitan laporan kematian seorang anggota navy Asruf Raidin atau sebenarnya LK I PAP ASRUP BIN RAIDIN, yang berpengkalan di Stesen Uniform, Sprantly Island, Sabah disebabkan kematian akibat lemas ketika latihan.

Siasat seadil-adilnya dakwaan buli ini- Al-fatihah


Kematian anggota Navy ini disangkal akibat lemas, namun dibuli hingga mati oleh dua orang anggota navy dipercayai seorang pegawai dan seorang LLP-Anggota Lain-Lain Pangkat.

ADC mendedahkan perkara ini setelah menerima email dari seorang anggota navy yang menyeru agar anggota yang dianiaya sehingga mati ini mendapat pembelaan seadilnya dan diberi hebahan kerana cerita kematian ini seakan ditutup begitu sahaja.

Dakwa pengirim email itu lagi, 

"Apa yang menjadi keraguan dan tandatanya ialah keadaan jenazah yang berlumuran darah,bekas tapak kaki dibadan dipercayai seakan ditendang berulang kali malah terdapat kesan cuchan api rokok. Orang lemas tidak mungkin berlumuran darah.

Perdana Menteri, Menteri Pertahanan Malaysia dan Ketua Menteri Sabah diseru bertindak agar mendapatkan laporan rasmi berkaitan perkara ini. Difahamkan kejadian ini bukan kali pertama melibatkan askar asal borneo.

Jika benar ia melibatkan kegiatan buli yang melampau, Pegawai pemerintah yang terlibat diberi pengajaran paling berat dan setimpal."


ADC: Terkadang rasa heran ! anggota keselamatan kita berani sesama mereka dengan askar kiram hingga terbunuh beberapa anggota keselamatan tak pula pergi serang awal2. hihihih




1 comment:

  1. al-fatiha dan takziah buat keluarga mangsa...allah maha adil jika balasan didunia blh lepas yang pasti akhirat menanti buat perlaku yang bersifat binatang..buli mmg berlaku di kalangan anggota keselamatan sejak dahulu lagi jadi perhatian perlu diberikan oleh pegawai atasan..sebagai bekas anggota keselamatan etika semangat setiakawan dan seagama perlu di terapkan dalam modul keagamaan ketika latihan. masa kami dahulu kurang deiberi penekanan lebih kepada british style berbeza generasi sekarang mental dan pemikiran telah di racun sebelum masuk badan keselamatan...emmm sudah sampai masanya selain kepujian subjek yg wajib dalam spm nk masuk menjadi anggota keselamatan wajibkan dapat kredit pendidikan islam dan moral..bagi yang beragama islam wajib celik Al Quran...

    ReplyDelete

TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA