Monday, 2 June 2014

ISU CADBURY : JAKIM SAMBIL LEWA UMAT ISLAM TERIMA BAHANA !




Cerita produk cadbury mengandungi DNA babi mengemparkan ramai pihak.. dah tentu sekali umat islam kecewa dan sangat marah kerana produk jenama cadbury yang sudah lama dipasaran rupa-rupanya baru diberitahu tentang status kandunganya yang mengandungi DNA babi.

Kementerian Kesihatan Malaysia-KKM mendedahkan dua produk coklat cadbury sah mempunyai DNA babi dan cerita ini disiarkan secara meluas oleh pihak akhbar.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia- JAKIM diminta untuk tampil mengulas hal ini namun setelah seminggu.. pihak JAKIM hari ini pula menafikan bahawa produk cadbury disahkan tiada DNA Babi.


   
Klik

Tarik tali dua kementerian ini sudah dapat dilihat..buktinya dua keputusan yang berbeza berkenaan status kandungan coklat cadbury ini.

Satu kata ok… satu kata tak ok…

ADC percaya umat Islam sudah semakin keliru…

Apakah KKM hanya bersandiwara mendedahkan perkara ini tanpa melakukan siasatan ?

Dan kenapa pihak JAKIM mendakwa cadbury itu hanya tercemar… dan siasatan hanya tertumpu untuk dua sampel yang didakwa ada DNA Babi sedangkan tidak pulak kepada semua produk Cadbury…aiiiii !

Sepatutnya JAKIM perlu ambil masa untuk membuat pengesahan produk cadbury bukan tampil dengan keputusan yang terburu-buru.

Umat Islam dah semakin keliru… dimanakah pihak yang betul-betul boleh dipercayai..

kalau keputusan sepakat pun tak boleh nak dicapai..

Apakah hanya tunggu semua umat Islam Malaysia dah jadi tenuk baru serius untuk bertindak… dan sepakat dalam membuat keputusan..








3 comments:

  1. JAKIM kena uji semula coklat Cadbury yang diuji oleh KKM. Ada porcine DNA atau tidak? Kalau ada, JAKIM kena cari dari mana sumber DNA babi tersebut. Semak balik Std Operating Procedure dan Compliance. Isunya bukan coklat Cadbury, isunya ialah integriti logo halal oleh JAKIM. Kita umat Islam nak pastikan semua makanan kita HALAL (bukan coklat Cadbury je).

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Ya..sepatutnya juga…JAKIM jangan bertindak sekirannya HANYA ada aduan sahaja… soal hukum…jangan buat terburu-buru…kesannya juga akhirnya mengelirukan umat Islam.

      Delete

TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA