Wednesday, 18 June 2014

SYOR PINDA KAEDAH - NAK KUTIP SAMAN... @PDRMsia DI LIHAT CUBA UGUT PESALAH TRAFIK




Seminggu ini, heboh cerita PDRM menggempur pesalah trafik yang mempunyai saman tertunggak dan mengesan pesalah trafik yang disenarai hitam - yang ADC kira ini satu tindakan terburu-buru dan dilihat terlalu populis dalam suasana masa semacam tidak sesuai serta menekan rakyat.

Memandangkan jumlah waran tangkap dan saman pesalah trafik yang belum selesai berjumlah mencecah kira-kira  RM 1.9 juta - salah satu cara pihak PDRM ingin guna 'lokap selagi tak bayar' … namum mesti diingat ini bukanlah cara praktikal yang wajar untuk pihak PDRM guna pakai bagi pesalah trafik yang enggan menjelaskan bayaran saman.

Jika dilihat kepada beberapa kaedah terkini PDRM mengutip saman ianya amat menyusahkan rakyat dan menekan mereka setiap masa. Setiap kali musim PDRM mencari pesalah trafik yang enggan bayar saman…maka setiap kali juga banyak suara runggutan rakyat akan timbul.

Pesalah trafik akan tetap bayar saman… salah tetap salah namun setiap kali pihak PDRM menjejaki pesalah trafik ianya sangat menekan. Rakyat juga ada tanggungan keluarga dan kehidupan begitu juga setiap pesalah trafik.

PINDA KAEDAH - istilahnya saman dapat dikutip dalam masa yang sama rakyat tidak tertekan dengan cara PDRM.

Mustahil pihak PDRM tidak ada cara lain dalam hal ini… mesti ingat ! bukan pihak PDRM sahaja yang dipersalahkan..kerajaan dan MDN juga akan dipersalahkan.

Hey ! lagi-lagi rakyat sedang membuat persiapan menyambut bulan ramadhan… itu pun tak boleh fikir…







1 comment:

  1. Amat setuju dengan pDRM yang tidak berkompromi dengan peslah trafik , lupakan soal anak sekoilah , lupakan soal menjelang ramadhan lupakan apa sahaja alasan kerana setiap kesalahan perlu dibayar dengan apa cara sekali pun , cuma jika tidak mahu disaman atau berkongsio wang pendapatan dengan pihak penguatkuasa spt majlis perbadanran (sman paking) , trafik (saman laju dll) ikut peraturan , patuhi undang-undang.

    Belajarlah menghormati tugas dan tanggungjawap orang lain bila kita berasa telah membuat kesilapan

    ReplyDelete

TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA