Sunday, 5 January 2014

MENANG PUN TAK MENJANJI APA-APA ... APA CERITA PRO ASPIRASI DI UPSI ? @DrJunaidy


Walaupun Piliharaya Kampus-PRK sudah lama berakhir, namun ada cerita yang menarik untuk dikongsi.

'Menang tapi tak menjanjikan apa-apa'  dimana cerita calon we love UPSI yang mewakili suara mahasiswa aspirasi dikata sedang menerima balasan kesan permainan pihak Hal Ehwal Pelajar-HEP universiti sendiri.

Kiriman e-mail ini mendedahkan apa yang sedang berlaku, ADC menyiarkan semula disini :

UPSI MILIK PRO-MAHASISWA


Semboyan pilihanraya kampus telahpun berakhir.Terbukti kemenangan berpihak kepada we love upsi iaitu sebanyak 13 kerusi berjaya di tawan daripada 29 kerusi keseluruhanya. Namun kemenangan itu hanya sementara sahaja apabila rintis, pro mahasiswa, Legasi Mahasiswa Progresif dan I am Upsi bergabung menyebabkan kekalahan teruk pro aspirasi dalam pembentukan kabinet sekali gus membawa kekalahan teruk untuk prk upsi kali ini. Mungkin pergabungan mereka adalah untuk jatuhkan pro a. Ternyata dengan pergabungan itu sah yang menerajui MPP UPSI pada sidang ini ialah pro mahasiswa yang diketuai oleh idris apabila pertauliahan yang telah diadakan pada 30/12/2013. Difahamkan mpp kali ini diberi layanan baik oleh Hal Ehwal Pelajar (HEP) berbanding dengan mpp sidang lepas kerana mungkin diterajui oleh “anak ikan” HEP sendiri. Difahamkan satu kursus pemantapan MPP telah dibuat di Melaka baru-baru ini dan akan ada beberapa kursus pemantapan lagi dijangka akan dibuat pada bulan januari sedangkan MPP sidang lepas tiada satu pun kurusus yang dirancang. Pada hemat penulis, sedikit ketidakadilan disitu. Kenapa apabila MPP pro A yang menguasai UPSI tiada satupun kursus pemantapan yang dilakukan dan apabila MPP pro M yang menerajui tampuk kepimpinan banyak pula kursus yang dirancang. Jika ini berlaku, dimanakah peranan YB dan Timbalan Naib Canselor dalam membawa mahasiswa mendekatkan diri dengan kerajaan sekiranya senario ini berterusan?? 





Jom berkenalan dengan KABINET MPP UPSI 2013/2014 :



KABINET MPP UPSI 2013/2014

Yang Dipertua :MUHAMMAD IDRIS BIN MAHMUD(BEBAS)
Timbalan Yang Dipertua: ABDUL HAKIM BIN WAN MOHD NOR (PRO M)
Naib Yang Dipertua : MOHAMAD SYAFIQ BIN ZAINAL
(PRO M)
Setiausaha Agung : SITI ASMALINI BINTI MOHD ASHRI (PRO M)
Penolong Setiausaha: ZULHAZLI BIN ELIAS (BEBAS)
Bendahari : MOHD SYAZRIN BIN RADZUAN (BEBAS)
Penolong Bendahari: SATISH (PRO A)
Exco Akademik dan Kerjaya
KHAIRIL ANWAR BIN DAUD (BEBAS)
MUHAMMAD FIQRI BIN MUSTAFFA (PRO M)

Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan
ABU HASAN AL-SHAARI BIN GHAZALI (BEBAS)
ABDUL HALIM BIN FAUZI (PRO M)

Exco Perhubungan Awam
CARMEN NG (PRO M)
DAVEY TIOH (BEBAS)

Exco Perpaduan dan Integrasi
LIM (PRO A)
JORDAN (PRO A)

Exco Ekonomi dan Keusahawanan
MOHD ARDY AZWAR BIN MOHD AFFANDI (PRO M)
NAJWA HASAN (PRO A)

Exco Kesenian dan Kebudayaan
MUHAMMAD ASHRAF BIN MOHD NASHIR (PRO A)
SITI FATIMAH BINTI BAHRUDDIN (PRO A)

Exco Sukan dan Rekreasi
SYAHMI AIMAN
(PRO A)
Exco Penerbitan dan Informasi
MUHAMMAD FUAD BIN TARMIZI (BEBAS)
FARAH NURSHAHIRA BINTI ZULKIFLI (PRO A)

Exco Penginapan
NIK ASMAWI (PRO A)
FIRDAUS (PRO A)

Exco Latihan, Pembangunan Sahsiah
NIK MUHAMAD NAZIM BIN NIK YUSOFF (PRO M)
ANIS SHAZWANI BINTI IBNI AMIN (PRO M)

Exco Pasca Siswazah
IRDAYANTI BINTI MAT NASHIR (PROA)
FAIZAL BIN AMRAN (PRO A)I SYAHMI



P/S: Itulah maksud 'Menang tak menjanjikan apa-apa' ...nampaknya guru-guru semakin maxima dikuasai dotrin pembangkang....



No comments:

Post a Comment

TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA