Thursday, 2 January 2014
SELAIN BIRO MEDIA BARU-BMB BERMASALAH ADA BAIK PENERANGAN PEMUDA ELAK DARI BUAT MASALAH @Khairykj @jamawijaafar @azwanbro @yuseriyusoff @REZQEENHILL
ADC mengikuti rapat ulasan editor di blog Rezqeen Hill dan blog YuseriYusoff berkenaan saranan Saudara Jamawi Jaafar, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia supaya 'UBAH CARA SAMBUTAN' yang merujuk supaya kerajaan atau pihak Majlis Bandaraya menilai semula acara sambutan tahun baru 2014 yang diisi dengan acara konsert dan juga pertunjukkan bunga api sebalinya diganti dengan program/acara keagamaan yang berbentuk kerohanian dan tidak lagi dibuat seperti acara biasa sambutan setiap kali tibanya tahun baru.
Ulasan dua orang blogger ini, ADC tidak mahu sentuh kerana pendapat blogger ADC hormati dan inilah yang mewarnai dunia blogger apabila berbeza pandangan untuk melahirkan kritikan yang membina.
Terlanjur Ketua Penerangan Pemuda UMNO memberi saranan ADC cuba terpanggil mempersoalkan mengapa tidak sahaja saranan ini dibuat dalam bentuk kertas cadangan lengkap yang terkandung didalamnya beberapa resolusi yang hadir dari kepimpinan pemuda sendiri.
Apakah Ketua Penerangan Pemuda UMNO saudara Jamawi Jaafar hanya memberi saranan yang bersifat populis tanpa ada apa-apa tindakan seperti dakwaan editor blog Rezqeen Hill ? atau ianya membawa maksud lain ?
Pemuda UMNO kan bersifat berani dan pintar yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara, apakah saudara Jamawi berasa cukup dengan hanya saranannya dibaca di muka depan akhbar sahaja ?
Kalau betul saranan ini adalah pendirian pemuda UMNO Malaysia seperti ulasan yang terkandung didalam blog YuseriYusoff dan mengapa pendirian ini dibuat seperti sayap pemuda UMNO yang baru sahaja ditubuhkan dan pemuda baru belajar berpolitik.
ADC tidak mahu mengajar bagaimana Pemuda UMNO buat kerja namun sebagai pemerhati politik adalah sangat wajar ianya dibuat secara yang profesional kerana pemuda entiti parti UMNO.
Kenapa harus dibawa pemuda kebelakang semula sedangkan cabaran politik masa depan semakin mencabar.
p/s: umur 10 tahun dah ikut ayahanda tercinta berkempen untuk UMNO. Rasa-rasa ADC layak menegur tak ? he he he
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA
-
Dari segi populariti, Nazir Hussin tidak perlu diperkenalkan lagi malah berpuluh ribu pekerja yang berjaya mendapat tempat dalam sektor pek...
-
Alhamdullilah... ADC akan kembali menulis seperti biasa. Semoga pejuangan kita diberkati. #PHSepenggal
-
ADC ucap selamat datang kepada raja paling berkuasa di dunia, Raja Arab Saudi, Raja Salman. Hubungan dua hala antara arab saudi dan mala...
-
ADC melihat soalan tambahan YB Azmin Ali semalam kepada Menteri Dalam Negeri hanyalah helah jahat dirancang awal untuk menimbulkan ...
-
Melalui semakan daftar pemilih di laman web Suruhanjaya Piliharaya Malaysia (SPR) MENDAPATI calon Amanah di PRK Sg Besar, Azhar Ab...
-
Ingatkan nasihat bijak maha pandai Menteri KPDNKK, Datuk Hasan Malik sebelum ini membuatkan harga ayam jatuh mendadak dan perniaga ayam gulu...
Kekalkan semangat dlm melontarkan hujah masing2. Steady bro. Respect... ;)
ReplyDeleteBetullah apa blog rizqeen hiil tulis. Kalau umno selesa skg, belum tentu pru14 buleh menang
ReplyDelete