Sunday 23 June 2013

KEBIJAKSANAAN PDRM KESAN DARI MENTERI YANG ADA OTAK!



Kebijaksanaan pihak PDRM tidak meletakkan beratus-ratus anggotanya termasuklah Pasukan Anti Rusuhan-FRU untuk mengawal Himpunan Black-Out Anwar adalah langkah paling berani yang pernah dilakukan oleh pihak berkuasa terbabit.

Kuasa yang diberikan tanpa campur tangan politik tidak seperti pentadbiran Menteri Amaran terdahulu membolehkan pihak PDRM melaksanakan tugas dan 'tactical move' berlandaskan undang-undang serta kuasa yang ada.

Dalam kes semalam,kegagalan serta sambutan yang hambar terhadap Himpunan Black-out sedikit sebanyak kerana kebolehan pihak PDRM bertindak tidak meletakkan ramai anggotanya mengawal keadaan himpunan dan dari sebab itu provokasi terhadap PDRM hampir tiada langsung.

Katanya pihak penganjur memuji PDRM dan ini adalah kejayaan besar apabila penganjur faham tugas-tugas PDRM serta akur dengan arahan keselamatan yang ditetapkan.

Tiada prvokasi terhadap PDRM....mereka akui GAGAL!


Menteri Keselamatan Dalam Negeri -KDN yang baru memang terkenal dengan pendekatan hikmah dan mempercayai ruang rundingan selalu ada serta terbuka luas seperti yang selalu beliau tekankan ...-Bil Hikmah Wabil Hasanah-.

Kini sasaran utama Anwar dan konco-konconya sudah pasti terarah kepada Menteri Dalam Negeri yang baru ini kerana mereka akan sering kali gagal kerana kebijaksanaan yang dia miliki.

Pada aku, kejayaan seseorang Menteri yang diberi tanggungjawab itu paling utama meletakkan kepentingan ramai lebih dari kepentingan diri dan agenda peribadi.

Amaran...amaran..tak main YA!




No comments:

Post a Comment

TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA