Mempertikaikan titah Yang Di-Pertuan Agong merupakan bentuk penghinaan yang maha dahsyat malah perbuatan itu sungguh keji dan buta hati perut.
Anwar mempertikaikan titah ucapan YDP Agong semasa ucapan perasmian sidang Parlimen bermula setelah berakhirnya PRU 13 siang tadi. Malah Anwar berniat menghina YDP Agong kerana mendakwa mengguna pakai hujah dan fakta BN dalam ucapan baginda.
Menurut Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, titah Seri Paduka itu "boleh dibahas, dipertikai dan dibantah daripada segi hujah kerana fakta yang dikemukakan adalah dari kerajaan Barisan Nasional (BN).
Tidak berseorangan,penghinaan Anwar kepada YDP Agong juga turut ditambah oleh Shamsul Iskandar selaku wakil rakyat baru parlimen Bukit Katil dengan mendakwa titah YDP Agong sebagai pendirian BN.
Anggota Parlimen Bukit Katil dari PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata titah Seri Paduka tentang keputusan PRU13 "merupakan pendirian kerajaan BN dan keputusan PRU itu boleh dipertikai di mahkamah".
Perbuatan biadap dan menghina titah ucapan YDP Agong oleh kepimpinan PKR adalah amalan tidak sihat yang cuba dimainkan untuk tujuan mencabar kewibawaan dan imej YDP Agong dimata rakyat.
Bukankah mereka kata memperjuangkan demokrasi?
Nampak gayanya pelakon politik seperti Anwar sedang berdrama bahawa dia adalah pendokong demokrasi sedangkan perkara yang 'basic' iaitu demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan dia sendiri tak ikut serta taat sepenuh jiwa.
Jadi cadangan untuk mempertimbangkan untuk mewujudkan akta derhaka memang kena dan wajar apabila terlalu ramai yang berani menghina institusi raja tanpa tindakan yang amat tegas.
No comments:
Post a Comment