Kalau nak jadi YB jangan tiru YB Khalid Samad...
Suka Fitnah..Suka Tipu akhirya Allah swt nak tunjuk dia kalah saman...
RM 20k melayang apabila terpaksa membayar gantirugi akibat tersalah tuduh.
Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Samad (gambar) kalah dalam saman fitnah terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rapat, Perak berhubung tulisan di blog yang menyiarkan gambarnya memakai jubah paderi Kristian.
Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak saman Khalid kerana beliau gagal mengemukakan tulisan blog asal yang beliau dakwa sebagai artikel berunsur fitnah.
Hakim Datuk Hashim Hamzah memerintahkan Khalid untuk membayar kos mahkamah sebanyak RM20,000.
Khalid 55, menyaman Hamidah yang juga Ketua Penerangan Wanita Umno kerana dikatakan menggunakan gambar “superimposed” nya memakai baju jubah paderi di blognya pada Januari 2010 di blognya http://hamidahosman.blogspot.com.
Khalid yang juga Pesuruhjaya III PAS Selangor mendakwa dalam satu tulisan Hamidah di blognya bertajuk “Bersatulah Umat Islam kali ini” itu menggambarkan dirinya sebagai paderi Kristian dan sudah murtad.
Blog itu sudah ditutup sejak September 2011. – 12 Julai,
No comments:
Post a Comment