Friday 12 July 2013

PRK KUALA BESUT: MUNGKINKAH ADA KERAJAAN 16:16



Menarik bukan,apabila PRK Kuala Besut menyaksikan perlawanan satu lawan satu antara calon BN dan calon PAS. 

Dari keputusan PRU 13 yang lalu, Barisan Nasional mengekalkan kemenangan di Terengganu dengan majoriti mudah apabila memenagi 17 kerusi daripada 32 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Andai kata PAS berjaya merampas kerusi DUN Kuala Besut ini sudah pasti merubah kedudukan semasa kerusi dengan menjadikan kedudukan menjadi 16:16.

Apakah wujud kerajaan perpaduan andai kerusi pembangkang dan BN adalah sama?

Memang menarik perhatian bukan...sekiranya YAM Sultan Terengganu berkenan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan di Terengganu, adakah BN dan PAS akan bekerjasama?

Jawapanya sudah pasti tidak! 

Apakah Nik Aziz sudah lupa apa yang terkeluar dari mulutnya!


Nasarudin Mat Isa antara bekas pemimpin PAS yang lantang bersetuju dengan kerajaan perpaduan UMNO pun telah ditendang keluar apakah kali ini Pas mahu berkongsi kuasa. GILA!

Ini akan meretakkan lagi hubungan PAS dan rakan-rakan pakatannya.

Sudah pasti Pilihanraya Negeri-PRN tidak mungkin dilakukan kerana sumber ISTANA tidak mengizinkan perkara ini berlaku.

Jadi apakah resolusinya!

Mudah sahaja sifirnya, BN kena kerja kuat memikat hati pengundi Kuala Besut dan mempertahankan kerusi yang disandangnya dalam apa jua keadaan.





No comments:

Post a Comment

TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA