Tuesday 30 July 2013

SUSAHLAH KALAU ADA MENTERI 'BER-OTAK AYAM'...



Selepas pengguna tergangu dengan masalah harga ayam yang tidak menentu dan tidak stabil kini datang pula masalah kekurangan bekalan Diesel untuk pengguna industri dan kenderaan awam.

ADC mendapat tahu, MENTERI DIESEL hanya memberi alasan bahawa masalah ini tidak mengambil masa terlalu lama untuk selesai namun masalah ini sudah pun berlarutan selama tiga bulan.

Cepat-cepat nak jadi hero... terus umum tambahan bekalan diesel sebagai jalan penyelesaian

KAH KAH KAH

Diesel pun tetap tak sampai-sampai dan terus menjadi masalah kepada pengguna.

Payahlah kalau MENTERI DIESEL yang ber-otak ayam hanya memberi 1001 macam alasan...akhirnya rakyat terbeban.


Agaknya masih terkejut bila dapat jawatan sebagai Menteri Kabinet Najib

.......

Ini bukti Bekalan Diesel tetap bermasalah.


Seorang pemandu bas persiaran, Norhafiz Khan Abu Bakar, 29, berkata, situasi menjadi lebih teruk apabila bekalan diesel sejak akhir-akhir ini bukan sahaja berkurangan, malah kehabisan stok di hampir setiap stesen minyak yang dikunjunginya.

Katanya, masalah itu jika tidak diatasi segera akan menyebabkan industri berkaitan mengalami kerugian, sekali gus ekonomi negara lumpuh.

"Jumaat lalu semasa saya berada di Kluang, Johor, ketujuh-tujuh stesen minyak yang saya pergi memberitahu bekalan diesel telah habis. Di tempat-tempat lain juga begitu.
"Masalah ini akan menyebabkan operasi syarikat perkhidmatan bas persiaran seperti kami lumpuh dan pendapatan terjejas," katanya ketika ditemui dalam tinjauan Utusan Malaysia tentang masalah itu di sebuah stesen minyak di sini hari ini.

Lagi....


Seorang kontraktor, Tan Yoon Chong, 45, berkata, kenderaan pacuan empat roda yang digunakannya seharian untuk melakukan kerja-kerja pembinaan tidak dapat bergerak selama tiga hari, gara-gara kehabisan diesel.

Katanya, mujur stesen minyak terakhir yang dikunjunginya di sini masih mempunyai bekalan diesel kerana sebelum itu, di lima buah stesen, situasinya sama iaitu kehabisan stok.

"Kerajaan tolong pantau situasi ini. Kalau boleh beri lebih banyak kuota diesel kepada stesen minyak supaya pengguna tidak mengalami masalah. Mungkin juga ada berlaku penyelewengan, jadi kerajaan perlu siasat," katanya.

Dan Lagi...Lagi..lagi...


Sementara itu, seorang lagi pemandu bas persiaran, Shahrul Azwan, 56, berkata, bekalan diesel bukan sahaja sukar didapati, malah terdapat sesetengah stesen minyak meletakkan had bagi penjualan bahan api itu.

"Kami terpaksa membuang masa pergi ke beberapa stesen minyak untuk mendapatkan bekalan diesel secukupnya kerana rata-ratanya mengehadkan penjualan antara RM50 dan RM100 sahaja.

"Dalam situasi sekarang yang mana bekalan diesel tidak mencukupi, kami terpaksa membazirkan baki diesel yang ada pula untuk mencari stesen minyak lain bagi mendapatkan bekalan tersebut," katanya.

KLIK

No comments:

Post a Comment

TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA