Banjir
Negara mencatatkan jumlah mendadak kawasan yang ditengelami air akibat banjir apabila hujan turun sejak semalam lagi. Beberapa kawasan di tengelami air hingga ke paras bumbung rumah. Pahang antara negeri yang mula terjejas akibat bencana itu.
Namun persediaan awal pihak berkuasa dalam mengenal pasti kawasan terlibat banjir memudahkan bantuan segera sampai pada waktunya.
Lokasi: Kuantan,Pahang |
Cerita banjir memang saban tahun berlaku dan menjadi satu peristiwa wajib setiap hujung tahun pada musim tengkujuh.
Rakyat menerima dengan hati yang redha apabila setiap hujung tahun hujan lebat akan melanda negara kerana kedudukan Malaysia terletak betul-betul pada garisan Khatulistiwa.
Tarif Elektrik Naik
Dalam cerita yang lain, rakyat dikejutkan juga berita kenaikan tarif elektrik pada kadar purata 5 sen bermula 1 Januari 2014.
Sedangkan berita keuntungan bersih TNB pada dua bulan lepas mencatatkan untung bersih bernilai RM 4.39 billion masih lagi jadi kebanggaan rakyat kerana syarikat GLC kerajaan seperti TNB berjaya memperkukuhkan perniagaannya.
Namun apalah erti jika syarikat GLC kerajaan seperti TNB mencatat keuntungan besar sekalipun sedangkan mereka berniaga untuk menekan rakyat dengan kenaikan tarif elektrik yang sudah pasti membebankan rakyat.
Tidak guna untung berjuta ataupun punyai kerajaan yang hebat mengurus serta pandai membangun negara andai rakyat ditekan dengan pelbagai bebanan hidup kerana kos sara hidup yang semakin tinggi akibat kenaikan harga perkhidmatan dan barangan.
Darah Naik
Malapetaka akan menghantui kerajaan yang memerintah andai duit poket rakyat diusik untuk menampung pendapatan kerajaan.
Sepatutnya kerajaan atau TNB harus peka bahawa setiap kenaikan yang akhirnya ditanggung rakyat sudah pasti darah rakyat mencanak naik.
Apa-apa kenaikan seperti ini jangan dibuat atau diumum secara mengejut. Lagi-lagi melibatkan rakyat akan keluarkan duit bukan persediaan seperti banjir yang senarionya bukan hari-hari berlaku.
No comments:
Post a Comment