Friday 10 January 2014

LIABILITI KEPADA PENTADBIRAN NAJIB, PUNCA HASSAN MALEK LEPAS JAWATAN ?


Belum ada pengesahan rasmi,namun berita tentang hasrat seorang Menteri Kabinet Najib akan melepaskan jawatan kerana tidak mahu menjadi Liabiliti kepada pentadbiran YAB Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia.

Sumber dari salah seorang aktivist FB :




Assalamualaikum.. Kami ingin mengucapkan tahniah kepada YB DATO' SRI HASAN BIN MALEK yang telah menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan beliau selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Menurut sumber terdekat keluarga D.S. Hassan Malek perletakkan secara sukarela ini ekoran kerelaan beliau yang telah melihat menjadi Liabiliti kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri dalam mentadbir Negara. Satu pengumuman akan di buat oleh D.S. Hassan Malek waktu terdekat ini.

Tahniah D.S. Hassan Malek, Ini yang wajar di puji kerana Menteri yang gagal melaksanakan tugas dan memberikan kesan negatif kepada YAB PM harus berundur secara sukarela demi memastikan persepsi negatif yang wujud tidak berterusan menjadikan YAB PM mangsa keadaan kemarahan Rakyat. Tindakan D.S. Hassan Malek wajar di jadikan contoh kepada mana mana individu yang memegang jawatan di dalam Kabinet, pegawai Kerajaan, Agensi mahupun UMNO pusat.



** Tahniah jika tindakan berani ini diambil bagi membersihkan kerajaan dan kepimpinan YAB Perdana Menteri. Mana-mana menteri yang tidak boleh kerja atau hanya memberi pesepsi buruk ada baik berundur sahaja. 

Lagi ramai...lagi bagus... cabaran negara masa hadapan mahukan lebih menteri yang bekerja untuk rakyat...bukan hanya syok sendiri.



No comments:

Post a Comment

TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA