Tuesday, 13 May 2014

KRISIS TERENGGANU : SEJARAH PERCATURAN POLITIK BN PALING TERUK !

Pening !

Apakah MALAPETAKA yang sedang melanda kerajaan BN negeri Terengganu sekarang…

Bayangan Menteri Besar yang diwar-warkan sebelum ini sudah pun menjadi kenyataan dengan terlantiknya penyandang baru kerusi Menteri Besar Terengganu secara sahnya oleh YAB Dato' Haji Razif menggantikan Dato' Seri Ahmad Said semalam yang diperkenan oleh Sultan Terengganu Darul Iman.

Barangkali tekaan kita selama ini, andai berlaku pertukaran MB Terengganu akan ada kemelut dalaman dan ianya ternyata berlaku.

Belum pun sampai 24jam perlantikan MB Terengganu yang baru, Mat Said mengumumkan keluar UMNO kerana kecewa dengan tindakan melantik Menteri Besar yang baru oleh BN.

Turut mengisytiharkan keluar UMNO dan menyertai bebas lima lagi adun ekoran krisis terkini di Terengganu.

Sehingga kini, Dewan Undangan negeri Terengganu masih seperti biasa dan Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Haji Zubir Embong menafikan dewan dibubarkan.

Apa juga alasan yang diberikan dari kerajaan BN Terengganu ataupun dari Bekas MB Dato' Seri Ahmad Said… percaturan politik begini adalah yang paling teruk.

Dan sudah pasti hati rakyat Terengganu sudah terganggu dek permainan politik gong puak-puak berkepentingan.

ADC berharap rakyat Terengganu bersabar dan bertenang..meneruskan kerja harian seperti biasa.


Jangan tulis bukang-bukang… 




No comments:

Post a Comment

TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA