Monday 27 October 2014

MESYUARAT TERTINGGI PAKATAN TANPA KELIBAT PRESIDEN PAS

Apa sudah jadi ! Mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat tanpa kelibat Presiden PAS - Abd Hadi Awang.

Mesyuarat tergempar ini dipercayai ada kaitan dengan kes rayuan liwat 28hb esok yang melibatkan pembantu peribadi - Mohd Saiful Bukhari.

Anwar Ibrahim perlu sokongan besar dari konco-konco dalam Pakatan Rakyat untuk menjayakan cita-cita supaya rakyat simpati dengan nasib yang menimpa dirinya.

Tanpa kehadiran Presiden Pas - menguatkan lagi khabar angin kononya PAS sudah serik membela Anwar Ibrahim yang dikhuatiri akan terpalit tempias masalah moral terkutuk Anwar sedangkan PAS beriya-iya mahu dilihat memperjuang Islam- masalah bagi PAS mempertahankan individu yang mempunyai masalah moral.

Sehingga ini - hanya wakil PASMA ( ahli PAS kiblat Anwar ) yang hadir memberi sokongan.

Masalah besar Anwar Ibrahim tanpa sokongan padu PAS menjelang dia ke penjara.








No comments:

Post a Comment

TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA