Monday, 27 October 2014

'RAKYAT HAKIM NEGARA' - 28HB HAK RAKYAT SUMBAT ANWAR IBRAHIM KE PENJARA !


Episod sedih dan menagih simpati datang lagi- kali ini Anwar Ibrahim meminta rakyat menjadi Hakim dalam rayuan kes liwatnya terhadap Mohd Saiful Bukhari- bekas pembantu peribadinya.

Menjelang 28hb oktober ini Anwar akan ke penjara sekali lagi jika kes liwat terhadapnya oleh Mohd Saiful Bukhari berjaya membuktikan Anwar bersalah.

Hingga ke hari ini sebelum menjelang tarikh perbicaraan, Anwar Ibrahim gagal mendapat sokongan antarabangsa- malah sekutu besar dalam Pakatan Rakyat pun, PAS belum nampak tanda akan memberi sokongan ekoran Presiden PAS - Abd Hadi Awang turut terlibat dalam kes mahkamah Tinggi di Kuala Terengganu ekoran saman terhadap beliau oleh bekas Adun PKR Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin ekoran isu pil kuda. 

Kini Anwar Ibrahim hilang sokongan bukan sahaja luar negara namun dari rakan sukutu kuatnya dari Pakatan Rakyat.

Setakat ini - rata2 responden dari rakyat Malaysia yang diambil secara rawak meminta supaya Anwar Ibrahim di penjarakan.



Yang menariknya- mereka mendakwa perbuatan Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya- Mohd Saiful Bukhari adalah perbuatan tidal bermoral dan sangat terkutuk.

Rakyat Hakim Negara - simbolik kepada hak rakyat untuk sumbat Anwar Ibrahim ke penjara.

Mari kita doakan supaya Malaysia bebas dari pelaku perbuatan yang tidak bermoral dan terkutuk.



No comments:

Post a Comment

TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA