Thursday, 19 March 2015
NAK BANTU SYARIKAT ATAU NAK BANTU RAKYAT ? @SPADchannel @najibrazak @azwanbro
Tindakan tak kena masa & membuta-tuli ! ; itulah perasaan ADC kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat SPAD berikutan keputusan pihak mereka bersetuju menaikkan kadar baru tambang pengangkutan awam terutamanya teksi dan bas.
Kadar baru ini sebenarnya tidak sesuai dalam keadaan rakyat diminta berjimat dalam perbelanjaan malah sudah pasti membebankan golongan yang menggunakan pengangkutan awam saban hari.
YB Pengerusi SPAD ; Tan Sri Syed Hamid Albar cara mempertahankan pihak pengusaha & syarikat pengangkutan awam itu tidak salah tetapi perlu dilihat kepada senario ekonomi rakyat semasa juga ; pendapatan yang masih belum stabil dan seimbang.
Kenaikan ini sudah pasti MEMBEBANKAN PENGGUNA ! jika pihak SPAD berkeras untuk melaksanakan juga kadar baru tambang bagi pengangkutan awam maka bertambah parah rakyat menanggung segala bagai kenaikan barangan selepas skim GST dilakasanakan.
Bagaimana negara nak menggalak rakyat menggunakan pengangkutan awam sekiranya kos menggunakan pengangkutan awam ini lebih membebankan dari membawa kenderaan sendiri ke tempat kerja ?
ADC : # akal 10 sen.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA
-
Dari segi populariti, Nazir Hussin tidak perlu diperkenalkan lagi malah berpuluh ribu pekerja yang berjaya mendapat tempat dalam sektor pek...
-
ADC melihat soalan tambahan YB Azmin Ali semalam kepada Menteri Dalam Negeri hanyalah helah jahat dirancang awal untuk menimbulkan ...
-
Drama King PAS vs DAP memang dirancang... inilah sandiwara penipuan puak-puak ini bagi mengaburi mata ramai dan penyokong mereka. ...
-
Amat malang tiada seorang melayu DAP menang jawatan tertinggi Pusat DAP. Apa lagi yang mereka tunggu, mereka sebenarnya lupa bahaw...
-
Susulan pendedahan dari Facebook Page ;- Kami Desak Ghani Petail - AG Disiasat & Berundur b'hubung insiden kebocoran maklumat m...
-
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Ds Zahid Hamidi hari ini membuat lawatan misi kemanusiannya ke Kem Pelarian Etnik Rohingnya, di Cox...
No comments:
Post a Comment