Saturday, 25 April 2015

KETUA AKTIVIS PERANGKAP AWANG HITAM @PPIM4U @PDRMsia @NajibRazak @Zahid_Hamidi


Penipuan dari sindiket jenayah warga negara Afrika di negara ini sudah berdekad berlalu, namun usaha untuk melumpuhkan kegiatan ini masih gagal sepenuhnya.



Bertindak dari aduan yang diterima, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato Nadzim Johan bersama aktivis PPIM telah melakukan penyamaran dan mengatur pertemuan dengan penjenayah terbabit di PWTC.

Hasil dari taktik penyamaran yang sudah dirancang awal, penjenayah ini berjaya ditumpaskan oleh aktivis PPIM dengan bantuan anggota PDRM.



Usaha dari pihak aktivis PPIM ini terbukti membuahkan hasil dan patut diberikan pujian - malah sekiranya usaha ini mendapat kerjasama dari semua rakyat Malaysia serta bantuan pihak PDRM secara berterusan African Scam pasti tumpas sepenuhnya.

Nasihat untuk rakyat Malaysia - jangan terlalu baik hati dan mudah percaya. Jangan guna jalan pintas untuk cepat kaya, mungkin kita akan terdedah kepada sindiket penipuan.




No comments:

Post a Comment

TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA