Tuesday 26 September 2017

ADUN ISLAM DALAM KERAJAAN PH SELANGOR TAK RAMAI, TAK BERMAKNA AZMIN ALI KENA IKUT TELUNJUK.



Pembaca di ADC amat berharap Menteri Besar Selangor, YB Azmin Ali tegas menyatakan keputusan menolak sebarang penganjuran festival beer di negerinya. Terdahulu , Menteri Besar itu berbelit-belit lidah menjawab soalan wartawan berhubung kemungkinan penganjuran Better Beer Festival 2017 mungkin akan berpindah penganjuranya di Selangor, setelah DBKL menolak kelulusan penganjur untuk diadakan dikawasan pentadbirannya.

Semalam YB Azmin Ali meminta pihak utusan malaysia menarik balik artikel yang kononya memutar belit kenyataan yang bertujuan memburukkan imej beliau seolah-olah beliau bersetuju penganjuran pesta arak di negerinya.

Namun YB Azmin Ali tidak sedar kenyataan itu adalah benar terkeluar dari mulutnya sendiri yang mana kerajaannya membayangkan festa itu tiada masalah dianjurkan atas nama prinsip sesuatu kaum. ADC heran , mengapa pemimpin ini cepat benar lupa, wartawan manalah tahu masa bila Azmin Ali mahu buat lawak dan berjenaka.

Itulah susah kalau jadi menteri besar boneka, mudah benar kena cucuk hidung.


No comments:

Post a Comment

TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA