Tidak perlu diperkenalkan siapa pemimpin politik ini, umum mengenalinya sebagai pemimpin muda dari parti pkr yang sering melakukan serangan fitnah untuk terus mengekalkan identitinya sebagai selebriti politik.
Lupakan seketika kegiatan fitnah yang pernah beliau lakukan, kita hanya minta satu hari nanti fitnah yang pernah dilemparkan akan berlaku terhadap dirinya.
***
Hari ini, heboh cerita pemimpin ini membina syarikat untuk membayar dirinya sendiri, lebih kurang macam seleweng duit untuk kepentingan diri.
DENGAN BERMODALKAN MEMEK MUKA SEDIH DAN KASIHAN
26 Julai 2017 : Dengan memek muka yang penuh simpati beliau berlakon depan kamera memohon derma daripada rakyat Malaysia untuk membayar ganti rugi terhadap fitnah yang dilakukannya. Katanya untuk mengelak dirinya dari diisytihar muflis.
04 Ogos 2017 : Dengan penuh bangganya dia mengumumkan dia berjaya mengutip derma RM 1.5 juta dalam masa 10 hari daripada orang ramai. Angka yang diperlukannya hanya RM 300’000.00Sumber : Rizal Mansor
***
Bagaimana syarikatnya beroperasi kemudian berfungsi untuk membayar dirinya sendiri.
Mewujudkan syarikat Invoke Solution Sdn. Bhd, kemudian sumbangan orang ramai yang simpati terhadap kesnya di masukan pula ke dalam akaunnya sendiri.
Kemudian wujud satu lagi syarikat perantara, KEIP Resourses Sdn. Bhd.
Sumbangan orang ramai yang sepatutnya dibayar untuk kes bankrapnya, digunakan untuk membayar dirinya.
No comments:
Post a Comment