Friday, 17 May 2013

Cukup-Cukup Lah Anwar Bagilah Rakyat Malaysia Kembali Tenang


Nampaknya tindakan provokasi melampau Anwar dan konco-konconya bermula sejak kempen PRU 13 lagi malah memang tidak nampak bila akan berakhir dan dia tidak mahu ianya berakhir selagi impian belum tercapai.

Al-Jubori memang tidak pernah serik sehinggalah dia boleh membuktikan kepada rakyat bahawa dia adalah Perdana Menteri Malaysia yang sebenar bukannya Najib.



Menggunakan bantuan DAP yang sejak dulu memusuhi kabinet Malaysia dengan sentimen perkauman dan memperjuangkan hak sama rata bagi semua kaum,Anwar tidak henti-henti melakukan reformasi jalanan serta mengheret rakyat dengan niat jahat dan impian yang tidak kesampaiannya.

Keadaan ini sudah cukup menyusahkan rakyat malah bermacam-macam tuduhan,provokasi,fitnah yang dicipta hanya semata-mata supaya rakyat melihat kerajaan tidak adil dan kotor.

Padahal rakyat semakin keliru siapakah yang sebenarnya busuk dan kotor dengan cerita politik yang tidak sudah.

Apa lagi yang cuba Anwar dan konconya cipta hanya semata-mata mahu mengulingkan kerajaan yang telah terbukti banyak membantu rakyat sedangkan merekalah yang cuba mengajak rakyat tenggelam dengan fantasi dan cita-cita individu tak kesampaian.

Cukup-Cukuplah Anwar!


No comments:

Post a Comment

TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA