Friday 21 June 2013

Bila Tuntutan Mereka DiLayan...Mereka Akan Berundur Dari Berhimpun?



Aku diantara berjuta rakyat Malaysia yang percaya keamanan dan kesajahteraan rakyat wajib dipertahankan oleh kerajaan yang memerintah.

Ini bermakna setiap undi yang di pangkah dan parti yang berjaya membentuk sebuah kerajaan wajib memenuhi hasrat rakyat dengan meletakkan keselamatan dan keharmonian negara serta rakyatnya ditahap paling tinggi.

Adalah tidak wajar sama sekali apabila kerenah pihak yang sudah kalah dalam piliharaya dilayan dan pemintaan mereka diturut atas alasan suara mereka juga wajar di dengar dengan merujuk kepada pihak pembangkang yang ingin mengadakan Himpunan 'Black-Out 505' memperotes keputusan piliharaya yang mengekalkan BN adalah satu konspirasi serta penipuan pihak yang menguruskan pilihanraya terutamanya Suruhanjaya Piliharaya Malaysia-SPR.

Seperti kemahuan maksud pihak penganjur dan beratus-ratus pemimpin pembangkang,mereka mengheret rakyat yang buta hati dan otak yang dipusingkan agar mereka turut bersama berhimpun bagi mendesak secara paksa dengan tuntutan yang tidak masuk akal sama sekali dan ini  berbeza sekali dengan cara pembangkang yang terdahulu menjadikan Dewan Rakyat dan juga ke Parlimen medan mereka bertegang lidah.

Pembangkang kini mempunyai pemimpin yang berkepentingan,ada agenda sendiri,memenuhi kemahuan dan cita-citanya dengan menggunakkan rakyat. Mereka percaya rakyat mempercepatkan proses memenuhi impian mereka tanpa mereka mencari resolusi dengan cara berbahas.

Samaada pihak kerajaan dan pihak yang mereka tuntut supaya diadili kerana mempunyai kepimpinan yang berkiblat kepada kerajaan yang menang, pihak pembangkang tidak sama sekali berundur jika kemahuan mereka ditunaikan.

Percayalah!

Pihak Pembangkang kini menjadikan himpunan atas nama keamanan hanyalah untuk menggulingkan kerajaan...

Tuntutan itu dan tuntutan ini hanyalah umpan supaya rakyat menyokong mereka.

Aku,kami dan seluruh rakyat Malaysia yang muak dengan cara pembangkang Malaysia mahu kuasa sudah melihat mereka mula mencabul hak rakyat sebenarnya.

Inilah masa sebenar kerajaan membalas janji dengan cepat-cepat membanteras tindakan seumpama ini yang akhirnya boleh merampas keamanan rakyat!


No comments:

Post a Comment

TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA