Friday 21 June 2013

Gelagat Husam Musa Menyelamatkan Anwar...


Husam Musa antara pemimpin Pas yang ter-emosi dengan kepimpinan Pas Kelantan..

Tiada jawatan dalam exco dan jauh sekali jawatan Menteri Besar Kelantan membuat Husam Musa bertindak seakan menentang arus dengan semua kepimpinan Pas.

Sememangnya Husam Musa mengharapkan Anwar Ibrahim menjadi penyelamat semua tindakannya kerana dia percaya barangkali inilah waktu sesuai bagi Anwar membalas segala jasa yang dia telah lakukan.

Umum tahu dan di dalam Pas sendiri tahu bahawa Husam Musa adalah parasit serta suara Anwarinas di dalam Pas,kini Pas sedar bahawa menyimpan Husam bakal merisikokan parti.

Husam sanggup mempertahankan Anwar dari partinya hingga dia sendiri dengan rela hati mengeluarkan fatwa songsang kepada penyokong supaya jangan takut berhimpun di 'black-out 505' kerana sekiranya mati semasa berhimpun..balasannya syahid!..gila!


KOTA BHARU: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa beranggapan mana-mana peserta yang terkorban ketika menyertai Himpunan Blackout 505 bagi membantah dakwaan penipuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu adalah mati syahid. Bagaimanapun, Husam yang dipetik organ rasmi parti itu, Harakahdaily berkata tidaklah menjadi niat PAS untuk terkorban dalam perhimpunan ini. "Andai kata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya-Allah ia adalah syahid fi sabillah... "Kita boleh reda dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan untuk reda dengan penipuan dan maksiat. Tiap-tiap kali pilihan raya Umno menang hanya dengan penipuan, wajib kita orang Islam tegak berdiri menentangnya," katanya yang dipetik portal milik pembangkang itu.


Terbukti Husam sanggup mengelincirkan akidahnya dengan fatwa songsang dan jahat demi mafaat bosnya Anwar Ibrahim.

Kalau masih ada arwah Fadzil Noor lama dah Husam Musa kena pancung kerana merosakkan imej Pas.


No comments:

Post a Comment

TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA