Sunday 28 July 2013

INI POLISI @NAJIBRAZAK BUKAN UMNO PUNYA... - @PMOMalaysia



ADC percaya jauh dihati kecil Presiden UMNO, dia tidak akan rela UMNO terlalu terbuka semasa era kepimpinannya.

'Dengar boleh...Percaya jangan'

Najib adalah watak kegagalan UMNO kini, melihat dari keputusan PRU 13 lepas, prestasi Najib lebih 'lahabau' dari era Pak Lah memimpin UMNO.

Kegagalan Pak Lah semasa eranya tidak sampai orang cina membentuk tsunami memilih pembangkang TETAPI era Najib memperlihatkan orang cina berlumba untuk berubah bukan kerana pembangkang bagus atau terlalu dinamik..

Ini kerana Najib terlalu menjual imejnya lebih dari parti...

Memandangkan pemilihan Majlis Tertinggi UMNO akan berlangsung dengan memberi hak kepada seramai 150,000 orang pengundi dibawah undang-undang baru..maka Najib boleh bersedia untuk ditumbangkan. Klik

UMNO tidak boleh lagi memberi 'imuniti' kepada Najib kerana beliau adalah Presiden UMNO...

Jika benar bagai dikata UMNO LEBIH TERBUKA...DEMOKRATIK...DAN INKLUSIF.... pertandingkan jawatan tersebut biarlah ahli yang layak mengundi untuk memilih...

UMNO perlukan pemimpin yang betul-betul TERPILIH dari kalangan mereka yang memilih.


No comments:

Post a Comment

TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA