Friday 5 July 2013

MESIR DALAM BAHAYA: KERAJAAN JANGAN BUAT SILAP SEPERTI MISI LALU!


Keadaan makin terdesak dan membimbangkan bagi rakyat serta pelajar Malaysia yang tinggal di Mesir akibat krisis yang kini sedang melanda di Mesir.

Kini Krisis Mesir berulang kembali akibat rakyatnya terdiri dari pelampau yang didokong oleh agenda yahudi, cuba menghasut untuk mengulingkan kerajaan pemimpinan Islam Morsi.

Mungkin Malaysia sekali lagi akan mempertimbangkan untuk membawa keluar rakyat dan pelajar Malaysia yang terdedah kepada bahaya dari krisis yang dilihat lebih serius dari krisis menumbangkan kerajaan Mubarak yang lalu.

Ops Piramid dilancarkan untuk menyelamatkan anak-anak Malaysia yang rata-rata sebagai penuntut disana dan ada juga yang bekerja untuk dibawa keluar bagi mengelakan mereka diancam akibat krisis tersebut.

Seperti biasa kerajaan BN yang sangat prihatin akan nasib rakyatnya telah berbelanja besar bagi menampung kos menyelamat serta membawa keluar seberapa segera mereka dari Mesir dengan menyediakan beberapa buah kapal terbang termasuk khidmat dari pasukan TUDM.

Termasuklah juga anak-anak pemimpin Pas dan pembangkang turut diselamatkan walaupun terbukti bapa serta keluarga mereka menghentam kerajaan siang dan malam kerana kerajaan BN tidaklah sezalim mereka malah mengutamakan keselamatan semua dari hanya agenda politik semata-mata.

Namun hasil buat baik dan ihsan kerajaan nampaknya tidak langsung dihargai oleh mereka yang pernah dibantu semasa mereka berada dalam kesusahan ketika dibawa pulang atas usaha inisiatif kerajaan BN ketika itu.

Mereka-mereka yang diselamatkan inilah antaranya pula lantang memburukkan imej kerajaan dan negara Malaysia diluar sana akibat termakan ubat sakit otak pembangkang terutamanya PAS dan Anwar.




Jika kerajaan mempertimbangkan misi untuk menyelamatkan mereka sekali lagi dari krisis terbaru Mesir, Kerajaan disaran jangan membuat silap kali kedua seperti misi yang lalu dengan membantu puak-puak yang memburukkan Malaysia disana.

Biarkan sahaja mereka diselamatkan oleh sepanduk dan bendera parti yang menjadi keramat mereka disana yang pernah mereka pekikkan.

Tapis dan buat pilihan yang tepat,bawa balik mereka-mereka yang betul-betul sayangkan negara dan menyokong kerajaan sahaja.

Kerajaan jangan buat silap kali kedua!!







No comments:

Post a Comment

TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA