Secara rasmi, Saudara Khairul Azwan Harun selaku Ketua Pemuda UMNO Perak mengesahkan diri untuk bertanding sebagai calon Naib Ketua UMNO Malaysia rentetan dari Naib Ketua Pemuda UMNO sekarang, Datuk Razali Ibrahim sudah melepasi had umur 40 tahun.
Dalam temubual segmen Let's Talk bersama portal berita MobTV.my beliau mengulas dan mengupas persaingan pemilihan jawatan dalam Pemuda UMNO pada kali ini.
ADC sempat mencatatkan beberapa kenyataan,idea dan pandangan yang dikira TER-POPULAR dari sudut pandangan beliau serta komitmen sekiranya pemilihan nanti namanya dipilih mengisi jawatan/amanah tersebut.
Catatan Ter-Popular:
a) Presiden UMNO dan Timb. Presiden UMNO telah menyuburkan demokarasi/transformasi parti dengan membuka seluas-luasnya hak memilih sehingga ke akar umbi parti dan mengiktiraf hak mereka.
b) Menyokong sebulat suara agar jawatan Presiden dan Timb.Presiden UMNO tidak dipertandingkan supaya kesinambungan transormasi politik berterus dan tidak terganggu jika perubahan pucuk pimpinan berlaku.
c) Pendirian sama supaya jawatan Ketua Pemuda tidak dipertandingkan agar kematangan politik diperingkat pemuda dikekalkan.
d) Kagum dengan kewibawaan Ketua Pemuda sekarang walaupun empat tahun yang sudah tiada sebarang jawatan dalam kabinet namun peranan yang dimainkan mematangkan pemuda dan berjaya dilaksanakan dengan jaya sekali.
e) Orang muda sudah mula yakin kepimpinan pemuda dengan terbukti memenangi saluran undi golongan ini dan sayap pemuda UMNO sudah kembali disenangi.
f) Semangat dan pengalaman untuk saling mempelengkapi mengikut acuan Ketua Pemuda menarik minat untuk mengangkat peranan ke peringkat nasional.
g) Harapan supaya pengkaderan UMNO atau zuriat UMNO dikalangan generasi muda dapat dijayakan. Ini perkara yang menjadi keutamaan jika beliau terpilih sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
h) Menteri Besar Perak, YB Zambry Abdul Kadir merupakan individu bertanggungjawab membawa masuk/ mengkaderkan beliau didalam UMNO melalui sayap pemuda.
I) Seorang ahli politik bukan sahaja pandai berdebat atau berucap namun mampu merasai denyut nadi rakyat dibawah.
j) Memohon rakan-rakan seperjuangan dalam pemuda baik dari peringkat akar umbi dan kepimpinan sayap pemuda beri peluang dan sokongan agar pengalaman serta kepimpinan negeri boleh dikongsikan bersama jika dipilih sebagai Naib Pemuda UMNO akan datang.
ADC: pilih pemimpin yang memastikan masa depan anak,adik dan keluarga kita terbela nasibnya... #1bro4nkp
No comments:
Post a Comment