Tuesday, 27 August 2013

PEMILIHAN UMNO 2013 : @ROSNAH_ARS WAJAR TERIMA KERUSI EXCO WANITA SECARA AUTOMATIK



Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Shirlin yang juga selaku Ketua Puteri UMNO Malaysia menyatakan hasratnya menawarkan diri untuk bertanding jawatan exco wanita selepas melepasi had syarat umur dalam sayap puteri pada pemilihan UMNO  dijangkakan oktober depan. KLIK

Bermula dengan ahli Puteri Sabah,kemudian menjadi Naib Ketua Puteri Sabah seterusnya mengemudi Puteri UMNO Malaysia sudah cukup membuktikan kewibawaannya sebagai seorang pemimpin wanita yang sangat disegani dan kaya pengalaman dalam barisan saf  kepimpinan politik UMNO.

Hasrat bertanding untuk exco wanita tidak sepatutnya terkeluar dari mulutnya jika sayap wanita menempatkan kerusi exco secara automatik bagi kepimpinan tertinggi sayap puteri sepertinya.

Pertandingan itu sihat dalam pemilihan mencari barisan kepimpinan sayap wanita baru namun apakah hasrat/syarat menampilkan muka baru melalui pemilihan itu penting sangat jika permata yang sudah digarap sudah menyinar didepan mata..?

Kepada ahli wanita UMNO,sejujurnya ADC sama-sama faham amat sukar menerima kepimpinan anak-anak dalam situasi ego tinggi kelompok mak-mak namun jika difikirkan dari pelbagai sudut pandang kepimpinan itu harus dilihat dalam skop yang luas maka siapa yang matang dan cepat belajar boleh diangkat sebagai pemimpin.

Bagilah peluang bakal mantan Ketua Puteri ini menunjukan khidmat dan setianya kepada barisan/saf kepimpinan wanita pula. Mungkin gabungan idea/pandangan orang muda dan ketua wanita nanti boleh terus memperkukuhkan UMNO dan semangat juang sayap wanita.



ADC: Apa guna ada beribu penyokong...kalau tidak dibela nasib mereka.



No comments:

Post a Comment

TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA