Kelmarin PM Najib telah membuat satu kejutan besar dimana telah mengumumkan kenaikan harga petrol RON 95 dan diesel pada kadar harga 20 sen se-liter yang menjadikan harga PETROL kini pada harga RM 1.90 se-liter berbading RM 1.70 se-liter harga sebelum ini.
Seperti biasa, rakyat Malaysia yang masih dalam suasana mood berhari raya dan sambutan hari kemerdekaan negara yang ke-56 terkejut seakan dirobek-robek jantung dengan pengumuman ini tanpa sebarang khabar angin seperti isu-isu besar yang lain.
ADC pasti jika ditanya pengguna yang bilangan mencecah berjuta-juta ramainya sudah pasti pelbagai reaksi negatif akan diterima. Apa jua alasan hal kenaikan harga ron 95 ini memperlihatkan kerajaan masih gagal dalam meletakkan kepentingan rakyat dihadapan malah mereka dilihat membuat sesuatu perkara membuta tuli walaupun itu rasional bagi pihak kerajaan dalam mengurangkan kebergantungan kepada subsidi kerajaan.
Alasan rasionalisasi harga minyak oleh PM
Kenaikan Harga Minyak Proses Pengukuhan Ekonomi, Kata Najib
PUTRAJAYA, 2 Sept - Kenaikan harga minyak merupakan satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka pendek dan sederhana, yang akhirnya bertujuan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata sekiranya ekonomi negara terjejas, ia akan mendatangkan kesan buruk kepada rakyat sepertimana keadaan di sesetengah negara luar yang menerima kesan amat berat apabila mereka gagal menangani ekonomi mereka dengan baik.
Read more: http://sebastianphiu.blogspot.com/2013/09/ni-alasan-dato-sri-najibrazak-kenapa.html#ixzz2doWOrQeX
Tweet: Resolusi untuk rakyat oleh calon #NKPUM Khairul Azwan
ADC sempat membaca timeline akaun twitter calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, saudara Azwan bro yang dikira sangat menarik untuk dikongsi sebagai resolusi yang jelas perlu dibuat bagi mengimbangi kenaikan harga minyak.
Bernas resolusi yang cuba dibawa oleh calon NKPUM ini..sesuailah untuk dia perkasakan pemuda nanti.. |
ADC senada dengan sebahagian idea resolusi dalam menangani harga minyak oleh calon NKPUM ini dimana jangan hanya resionalkan harga minyak sahaja tetapi rasionalkan harga barang-barang yang akan naik akibat kenaikan harga minyak itu nanti.
Katanya, mesti diambil kira kesan kepada kumpulan-kumpulan golongan pertengahan juga.
ADC: Kalau bijak,meletakkan kepentingan semua dihadapan...pewakilan pemuda layak bagi undi kepada bro Azwan...
fakta salah atas tu bro..dari 1.90 ke 2.10..bukan 1.70 ke 1.90..harap betulkan balik
ReplyDelete