Monday, 16 September 2013

GERILA HUTAN MATI DI HARI ULANG TAHUN "HARI MALAYSIA"


Lebih 40 tahun berjuang sebagai gerila komunis dihutan rimba di Malaysia dan Thailand, akhirnya Chin Peng bapa idol parti DAP mati di sebuah hospital bangkok awal pagi ini.



Berita kematiannya telah dimuatnaik oleh Bangkok Post awal pagi ini sejurus mendapat berita dari pihak hospital.

Sambutan Hari Malaysia yang ke 50 tahun sungguh bermakna pada tahun ini, apabila disambut dengan berita kematian BAPAK GERILA HUTAN yang maha kejam dan zalim.

Generasi muda wajar memahami bahawa komunislah yang memadam nyawa kaum keluarga dan moyang-moyang kita terdahulu hingga mereka tidak sempat menikmati kemakmuran seperti yang kita capai kini.

*****


Sejarah kemuncak keganasan KOMUNIS


Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong23 Februari 1950. diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi.

Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Dalam mempertahankan balai polis Bukit Kepong, 17 orang anggota telah terkorban.



Mereka yang terbunuh dalam pertempuran

Anggota Polis
  1. Sarjan Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)
  2. Koperal Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)
  3. Lans Koperal Jidin Omar
  4. Konstabel Hassan Osman
  5. Konstabel Hamzah Ahmad
  6. Konstabel Jaafar Hassan
  7. Konstabel Muhamad Jaafar
  8. Konstabel Marin Ibrahim Adam
  9. Konstabel Abu Mohd Ali
  10. Konstabel Abu Kadir Jusoh
  11. Konstabel Marin Awang Ali
  12. Konstabel Marin Basiron Adam
  13. Konstabel Tambahan Mohd Top Lazim
  14. Konstabel Tambahan Jaafar Arshad
Polis Bantuan
  1. AP Samad Yatim
  2. AP Mahmood Saat
  3. AP Ali Akop
  4. AP Othman Yahya
Keluarga Anggota
  1. Allahyarhammah Fatimah Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
  2. Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
  3. Allahyarhammah Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
  4. Allahyarhammah Simah Abu - anak kepada Konstabal Abu Mohd Ali
Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis
  1. AP Redzuan Alias
  2. Embong Lazim
  3. Mendiang Koh Ah Cheng

ADC: "Al-Fatihah buat Perwira Negara"



No comments:

Post a Comment

TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA