Wednesday 11 September 2013

#TANDAPUTERA | PENGURUSAN RESTORAN IKAN BAKAR SEKINCAN 'PATRIOTIK' @NAJIBRAZAK

Pihak Pengurusan Restoran Ikan Bakar Sekinchan akan membawa khas lebih kurang 150 orang penduduk di sekitar Sungai Besar, Selangor untuk menonton filem Patriotik Tanda Putera di MidValley pada jam 6 petang esok.

Ini merupakan sebahagian dari aktiviti amal pihak pengurusan Restoran terbabit dalam memupuk semangat dan menyemai benih cintakan serta sayangkan negara dikalangan orang muda terutamanya generasi kini.

Menyedari hakikat itu,pihak pengurusan restoran bersama-sama dengan rasa penuh tanggungjawab menyedarkan mereka betapa pentingnya kita semua perlu menjaga kepentingan antara kaum bagi memastikan keamanan terus dicapai.

Malah pengorbanan pemimpin dan negarawan terdahulu wajar dihargai dan ini juga sebagai tanda sokongan jitu pihak pengurusan kepada pengiat seni negara dalam menghasilkan karya-karya filem yang berunsurkan Patriotik.

Tahniah Pihak Pengurusan Restoran Ikan Bakar Sekinchan...

Patriotik juga mamat nie....



ADC: "Untuklah Pihak Pengurusan Sekinchan dapat bos macam Dato' Jamal....Patriotik Person"


No comments:

Post a Comment

TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA