Friday, 8 November 2013

KALAU BEGINI CARA DAP CARI AHLI BARU....10 TAHUN LAGI BN KE MUZIUM



Pernah ADC pertikaikan BAGAIMANA cina-cina DAP boleh menambah sokongan dengan cukup pantas sedangkan dulu DAP hanya sebuah parti terpencil cina bukit.

Namun pertambahan ketara dalam dewan rakyat dan parlimen dikalangan pemimpin cina-cina DAP hingga menguasai keputusan bersama antara parti PAS dan PKR sangat menakjubkan.

Dalam mencari jawapan, terdengar pula bahawa kononya BN yakin bahawa sokongan kepada parti mereka bertambah diatas kejayaan demi kejayaan dibawa hingga tak perlu mencari sokongan...YAKIN dan EGO dikalangan segelintir pemimpin mereka.

Inilah cara paling cepat mengapa DAP mendapat sokongan hingga keikhlasan mereka bekerja kuat dibalas dimana cina-cina yakin bahawa mereka boleh membela nasib mereka tanpa bergantung harap dari BN lagi.

Kalau begini 'humble' pemimpin mereka membantu hingga sanggup menawarkan khidmat membuka kaunter pendaftaran untuk pengundi baru mereka dimana sahaja....dalam masa BN masih mengharap sokongan magik..maka 10 tahun akan datang BN hanya akan berkubur dan bersemadi aman didalam muzium.




No comments:

Post a Comment

TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA