Berselindung disebalik nama gerakan mahasiswa RINTIS , ada kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris dipercayai terlibat menyalurkan dana dan menaja mahasiswa/i dikalangan bakal warga pendidik yang boleh di 'kambing Hitamkan' untuk bertanding dalam PRK Kampus pada 28hb November ini demi untuk misi membalas dendam.
Email yang sampai kepada ADC turut memberitahu bahawa individu yang merupakan staf UPSI ini sanggup berbuat demikian kerana ingin membalas dendam apabila salah seorang rakan sekerjanya yang merupakan sahabatnya telah ditukarkan unit angkara aduan wakil mahasiswa di universiti terbabit.
ADC tidak akan mendedahkan nama dan butiran kakitangan terbabit lagi kerana ingin memberi laluan terlebih dahulu siasatan oleh pihak pengurusan UPSI setelah pendedahan ini.
Tindakan menaja dan campur tangan dalam hal ehwal mahasiswa oleh pihak tidak berkenaan sangat tidak bertanggungjawab dan lebih-lebih lagi gunakan mahasiswa untuk membalas dendam.
ADC: Selain ADAM ADLI kini muncul watak jahat di UPSI dikalangan kakitangannya pulak.
No comments:
Post a Comment