Monday, 16 December 2013
KENAPA KOS BAGI RAKYAT TANGGUNG @NajibRazak @PMOMalaysia
Terus terang rakyat semakin terhimpit dengan situasi dimana kenaikan harga barangan,perkhidmatan dan kos sara hidup yang semakin hari semakin tinggi.
Baik yang sokong kerajaan dan yang tak sokong pun turut rasa terbeban dengan keadaan ini.
Kalau sebelum ini, kenaikan kadar baru tarif elektrik memeranjatkan semua pihak walaupun kenaikannya pada purata sekitar 5 sen namun itu sudah cukup mengganggu poket rakyat setiap bulan.
Berita kenaikan kadar baru tol oleh pihak konsensi tol kecuali konsensi PLUS lagi satu berita yang menduka-citakan yang terpaksa rakyat telan.
Apakah kerajaan yang selama ini, mengutamakan rakyat enggan lagi mengambil kira kesusahan rakyat ?
Betul kerajaan ingin mencapai negara berstatus maju dan berpendapatan tinggi untuk memacu pertumbuhan negara...namun bukanlah satu syarat dengan mudah membuat kenaikan tanpa mengambil kira kemampuan poket rakyat .
Rasanya jika perkara ini gagal dilihat sedalamnya oleh PM Najib akibat kerosakan yang tercetus dari penasihat-penasihatnya maka rakyat akan melihat janji sebelumnya hanya tinggal sekadar janji.
Tiada beza...Samalah juga kerajaan dan juga cara pembangkang berjanji...
Dan tolonglah jangan! memberi alasan kos kerajaan yang terpaksa ditanggung setiap kali mengumumkan sebarang kenaikan.
Apakah rakyat perlu menanggungnya..?
Kalau dah tak sanggup jadi kerajaan..biarlah rakyat menjadi kerajaan...sebab tiada bezapun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA
-
Dari segi populariti, Nazir Hussin tidak perlu diperkenalkan lagi malah berpuluh ribu pekerja yang berjaya mendapat tempat dalam sektor pek...
-
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Ds Zahid Hamidi hari ini membuat lawatan misi kemanusiannya ke Kem Pelarian Etnik Rohingnya, di Cox...
-
Amat malang tiada seorang melayu DAP menang jawatan tertinggi Pusat DAP. Apa lagi yang mereka tunggu, mereka sebenarnya lupa bahaw...
-
Alhamdullilah... ADC akan kembali menulis seperti biasa. Semoga pejuangan kita diberkati. #PHSepenggal
-
Satu ungkapan yang tepat " berjiwa besar ". Inilah sikap dimiliki oleh pemimpin umno/bn sejak dulu lagi, dimana kematan...
-
ADC melihat soalan tambahan YB Azmin Ali semalam kepada Menteri Dalam Negeri hanyalah helah jahat dirancang awal untuk menimbulkan ...
No comments:
Post a Comment