Monday, 26 May 2014

UMNO ADA MENTERI WANITA, MUDA, LAWYER PULAK TU… TAK BERLIDAH PEMBELIT MACAM DYANA ! @Dyanasmd @Rosnah_ARS


Cikai sangat ke UMNO/BN ni hingga nak menyekat pembabitan pemimpin muda dalam UMNO..?

Inilah bahan sepanjang kempen Dyana , calon melayu dap PRK Teluk Intan itu canang yang kononya UMNO/BN ketandusan pemimpin muda dan menyekat peluang orang muda dalam parti.

Sepanjang kempennya, dia gambarkan seolah-olah dirinya seorang anak muda, wanita dan bekerjaya peguam bertuah diberikan tempat oleh DAP dan parti itu sentiasa terbuka untuk orang muda yang ingin berjuang sepertinya….tidak bagi UMNO/BN.

Sebenarnya isu calon muda dalam UMNO/BN sudah basi sebabnya kita sudah mendahului era itu dan menjadi juara dalam gabungan kepimpinan yang sudah terbukti sudah dibarisi oleh orang muda dalam kabinet kerajaan hari ini.

Dan tak payahlah Dyana berlidah pembelit untuk menipu pengundi Teluk Intan..

Untuk pengetahuan Dyana…

Nah ADC tampilkan seorang pemimpin UMNO..orang muda..wanita..pernah memegang jawatan Ketua Puteri UMNO Sabah, kemudiannya Ketua Puteri UMNO Malaysia dan kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya -JKR… dan yang menariknya mempunyai latar belakang pendidikan undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).

Prk Teluk Intan : Siri turun Padang berjumpa warga emas menjadi kegemaran YB Papar ini


Pasti Dyana mengenali atau terbaca perihal pemimpin UMNO ini, Dato Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin seorang wanita, orang muda dan pernah menjadi peguamcara dan peguambela serta masih lagi mempunyai firma guamannya sendiri antara yang berada sudah lama dalam saf kepimpinan dalam UMNO/BN.

Cuma bezanya Dato Rosnah bukan lidah pembelit seperti dyana dan tidak menjual maruah bangsa dengan mewakili DAP yang ternyata parti penipu dan penindas rakyat.

Setidak-tidaknya Timbalan Menteri Muda ini tidak juga menjual kelayakan demi meraih undi pengundinya.

Sebab kerana Dyana tak buat 'Homework' ketika turun berkempen…pembohonganya mengaku sebagai peguam sudah terbongkar… dia didapati menyamar peguam.



Dalam UMNO pemimpin muda tidak diajar menjadi pembohong, mereka diajar untuk membantu rakyat sehabis boleh…Dalam DAP sahaja yang ajar pemimpin mereka berbohong…dan Dyana antara calon DAP yang lidah berbelit.







No comments:

Post a Comment

TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA