Sekumpulan anak muda dari pelbagai gabungan NGO dan Kelab pemotoran negara digelar sebagai Ikatan Silaturrahim Brotherhood (Brotherhood) telah bertindak drastik menurap sendiri jalan yang berlubang di sekitar Kuala Lumpur setelah mendakwa tiada tindakan pantas dari pihak berkuasa.
Baca laporan ini : BROTHERHOOD TURAP JALAN BERLUBANG SEKITAR KL
ADC mendapat maklumat, mereka ini bertindak setelah 'PBT KL' yang sepatutnya peka akan masalah ini seakan tidak memberi maklum balas langsung - akhirnya bertindak dari perbelanjaan poket sendiri mereka mengambil keputusan menurap sendiri jalan - jalan berkenaan.
Yang berkuasa kecam tindakan murni mereka ?
ADC pun tak faham kenapa! setelah mereka bertindak - pihak yang kononya berkuasa mula mengecam usaha murni brotherhood padahal sepatutnya ini tanggungjawab mereka mengenal pasti jalan-jalan bermasalah disekitar Kuala Lumpur.
Mereka ini dari kumpulan anak muda yang prihatin dan mereka bukanlah bertindak atas kepentingan apa-apa ideologi politik serta mengambil kesempatan dari isu yang timbul. Jangan cepat menghukum mereka - kerana niat mereka untuk memastikan keadaan yang tidak diingini berlaku terutamanya keselamatan penunggang motosikal yang melalui jalan-jalan tersebut.
Mungkin mereka tak berhajat untuk jawatan DATUK BANDAR KUALA LUMPUR atau MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN atas usaha murni yang dilakukan mereka namun sikap mereka ini ADC puji.
Sepatutnya yang berkuasa perlu hantar ucapan terima kasih dan meraikan mereka kerana dalam Kuala Lumpur ada kumpulan dari anak muda yang sangat prihatin.
Prihatin ini satu sikap yang tak perlu kita mesti berjawatan dan bergaji besar tetapi ianya terbentuk melalui sikap yang dipupuk !
No comments:
Post a Comment