Banjir yang teruk melanda Pantai Timur membuka mata semua pihak dimana keadaan tidak dijangka telah berlaku malah khabarnya lebih teruk dan parah dari tahun sebelumnya.
Di Kelantan misalnya banjir diluar jangka ini lebih teruk dari banjir yang pernah dialami oleh rakyatnya sebelum ini.
Begitu juga di Terengganu, Pahang dan lain-lain negeri yang terlibat - keadaan banjir memaksa berkali ganda penduduk di pindahkan. Alhamdullilah aset-aset banjir digerakkan dan anggota penyelamat berjaya memindahkan mangsa ke tempat yang lebih selamat tanpa merekodkan jumlah korban nyawa yang besar .
Dalam kelekaan kita memberi tumpuan kepada agensi penyelamat banjir dan kawasan dilanda musibah rupa-rupanya ada satu puak sedang berjemaah mereka jalan fitnah yang maha dahsyat.
Krisis banjir kali ini bertambah teruk apabila keadaan cemas dan fitnah berjemaah dicipta bagi mewujudkan suasana dimana kerajaan dilihat lemah dan menindas disaat mangsa-mangsa banjir memerlukan bantuan. Malah satu ketika seolah-olah fitnah itu digambarkan betul-betul berlaku-tektik fitnah kali ini seperti dirancang rapi supaya rakyat menyalahkan kerajaan w'laupun hakikatnya kerajaan siang dan malam bertungkus lumus mengerahkan aset banjir serta penyelamat membantu mangsa.
Persoalannya dimana Majlis Keselamatan Negara -MKN ?
MKN- Bahagian pengurusan bencana mungkin berjaya w'laupun persediaan banjir lintang pukang - setelah campur tangan TPM - Tan Sri Muhyiddin Yassin baru nampak moleklah sedikit.
Nampak sangat MKN tak bersedia dan 'failed' dalam pengurusan fitnah !
Hingga PM Najib Razak yang sedang bercuti bersama keluarga dan bermain golf atas jemputan Presiden Amerika dipersoal dan disensasikan. Ini satu contoh simple yang MKN gagal buat.
Mana MKN ketika itu dalam menjawab krisis fitnah ?
Sampai bila nak harap siber trooper tidak bertauliah bertahan - lagipun maklumat yang mereka ada cuma yang 'second hand' - itu pun kalau ada yang jawab kerana inisiatif mereka buat research dan study sendiri.
Kenapa pengurusan fitnah ketika himpunan BERSIH berjaya ? kenapa MKN gagal menangani krisis fitnah ketika banjir kali ini - ada beza ke ?
ADC percaya bukan semua pegawai MKN terjun sungai dan jadi watak utama masa banjir.
SIMPAN PEGAWAI TUA- LEPAS SAMBUNG KEMUDIAN SAMBUNG LAGI !
Alang-alang dah bercerita - baik ADC dedahkan 'peremajaan' dalam agensi MKN ni. Satu faktor kelemahan agensi sejak kebelakangan ini berpunca dari kemampuan pegawai-pegawai atasannya yang tidak berkemampuan lagi untuk memberi idea yang bernas dan berstrategi kepada badan ini.
Umur pegawai-pegawai atasan MKN yang dikatakn sudah tua dan diambil dari mereka yang sudahpun 'recycle' kemudian kontrak-kontrak mereka disambung kembali membuktikan 'peremajaan' badan terbabit untuk mewujudkan kroni sahaja.
Belum sentuh berpolitik dalam pejabat yang khabarnya cukup kuat dan pegawai-pegawai yang tua-tua recycle berebut-berebut pangkat sepatutnya dah boleh bla dari badan terbabit.
Dimana silapnya badan ini kerana terpaksa mengambil pegawai-pegawai tua yang recycle hingga mandat untuk buat keputusan pun takut nak diberikan kepada pegawai-pegawai sendiri yang lebih muda.
Malah MKN terpaksa menghabiskan banyak wang membayar gaji besar kepada pegawai-pegawai atasan yang sebenarnya mereka tidak boleh menyumbang lagi.
Sebab itu jika ada krisis yang membabitkan MKN - mereka gagal nak urus.
PERUNTUKKAN BESAR PENGENALI SIBER MKN
ADC tidak tahu nilai peruntukkan dana kewangan yang diberikan untuk pengenali siber yang dilantik oleh pihak Majlis Keselamatan Negara sama ada atau tidak. Yang pasti jika nilainya besar dengan impak yang kurang dalam menangani isu-isu di alam siber sudah sampai masanya perlu dihentikan segera.
ADC khuatir ada individu atau kumpulan yang tidak b'tanggungjawab mendapat keuntungan dari peruntukkan besar ini sedangkan tanggungjawab serta strategi tidaklah semegah mana.
Nak tahu siapa korup - lihatlah sejauh mana hasil kerjanya.
SUDAH SAMPAI MASA MKN BERUBAH
ADC percaya MKN boleh terus menjadi badan yang boleh dipercayai dan bertanggungjawab dalam menangani krisis-krisis negara.
Cuma MKN mesti dipulangkan kepada orang yang betul-betul nak buat kerja dan jangan bagi orang yang salah mengepalai MKN.
Banjir yang berlaku ini datang dengan banyak hikmah - PM Najib Razak yang sanggup bersusah2 kerana rakyatnya terpaksa berhadapan saat sukar kerana difitnah.
Pendek kata apa yang dilakukan oleh PM semuanya salah. Kalau MKN gagal menangani fitnah sedangkan mereka ada keupayaan itu bukti MKN perlu berubah.
Kalau tak mahu berubah lebih elok semua terjun dalam sungai dan tenggelam terus kedasar sungai.Tak payah menyusahkan orang !
Cukup setakat ini dulu....
Chiow!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA
-
Dari segi populariti, Nazir Hussin tidak perlu diperkenalkan lagi malah berpuluh ribu pekerja yang berjaya mendapat tempat dalam sektor pek...
-
Alhamdullilah... ADC akan kembali menulis seperti biasa. Semoga pejuangan kita diberkati. #PHSepenggal
-
ADC melihat soalan tambahan YB Azmin Ali semalam kepada Menteri Dalam Negeri hanyalah helah jahat dirancang awal untuk menimbulkan ...
-
ADC ucap selamat datang kepada raja paling berkuasa di dunia, Raja Arab Saudi, Raja Salman. Hubungan dua hala antara arab saudi dan mala...
-
Melalui semakan daftar pemilih di laman web Suruhanjaya Piliharaya Malaysia (SPR) MENDAPATI calon Amanah di PRK Sg Besar, Azhar Ab...
-
Ingatkan nasihat bijak maha pandai Menteri KPDNKK, Datuk Hasan Malik sebelum ini membuatkan harga ayam jatuh mendadak dan perniaga ayam gulu...
No comments:
Post a Comment