Friday, 16 January 2015
LALAT 'MELATAH' KERANA ZAHID TEGAS MENJAGA RAHSIA DAN KESELAMATAN NEGARA
Lalat sifatnya pengotor ! dimana ada taik dan najis disitulah jadi habitat kesukaan - pemimpin pembangkang terutama DAP dan PKR dan ada sesetengah didalam PAS ada sifat lalat - kerjanya suka jadi hero atas isu-isu populis asalkan boleh popularkan mereka - itulah habitat kesukaan mereka.
Beberapa hari ini - pemimpin DAP nampaknya sangat berminat malah kedepan terutamanya dalam isu melibatkan rahsia dan keselamatan negara.
Berikutan pendedahan sepucuk surat penjelasan Menteri Dalam Negeri - Ds Zahid Hamidi berhubung status seorang warga negara Malaysia bernama Paul Wei Seng Phua atau Paul Phua kepada pihak Biro Keselamatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat kerana dituduh terlibat dengan aktiviti perjudian haram dan kini dibicarakan di mahkamah negara tersebut - pemimpin DAP mula menpertikaikan kandungan surat terbabit.
Penjelasan Zahid itu sudah cukup... mana salahnya ! selaku seorang menteri yang menjaga hal ehwal dalam negeri sudah pasti mengaitkan Malaysia dengan kumpulan gangsterisme adalah tidak benar w'laupun tidak menolak ada rakyat Malaysia yang terlibat jenayah antarabangsa namun mereka tidak akan sesekali dilindungi oleh kerajaan.
Malah kesungguhan Zahid selaku Menteri Dalam Negeri yang serius membanteras kumpulan-kumpulan gangster dan penjenayah berbahaya telah mendapat pujian dan terbukti kerajaan tidak pernah melindungi penjenayah.
Bukankah yang banyak mempertahankan perbuatan jenayah dan menyalahkan pihak berkuasa terutamya Polis adalah pihak pembangkang ?
Portal fitnah pro- pembangkang seperti Malaysiakini , The Malaysia Insider dan lain-lain nampaknya tidak putus-putus cuba menegakkan tuduhan pemimpin mereka.
Keputusan Zahid tidak mendedahkan maklumat bantuan Paul Phua kepada kerajaan dalam soal keselamatan negara menunjukan kepada kita itu adalah rahsia besar negara dan maklumat-maklumat sedemikian ianya terlindung di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
Jika Anwar , Lim Kit Siang , Lim Guan Eng atau sesiapa sahaja pemimpin pembangkang yang menjadi Menteri Dalam Negeri mereka akan buat perkara yang sama. Mendedahkan maklumat seperti membuka ruang kepada musuh !
ADC pula berpendapat - pembangkang semakin hilang arah tujuan kerana dibebani isu yang semakin melemahkan mereka. Terbaru isu penghinaan peguam mereka Eric Paulsen terhadap JAKIM dan umat Islam memeningkan kepala pemimpin mereka.
Tambahan lagi dengan isu keputusan kes liwat Ketua Pembangkang yang akan diumumkan bila-bila masa sahaja maka pembangkang sedaya upaya untuk memutar-belitkan pelbagai isu untuk menutup kelemahan pakatan mereka.
Mereka 'melatah' ! biarkan mereka tunjuk kebodohan...terima kasih Menteri Dalam Negeri kerana terus tegas dalam menjaga hal ehwal negara !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA
-
Dari segi populariti, Nazir Hussin tidak perlu diperkenalkan lagi malah berpuluh ribu pekerja yang berjaya mendapat tempat dalam sektor pek...
-
Alhamdullilah... ADC akan kembali menulis seperti biasa. Semoga pejuangan kita diberkati. #PHSepenggal
-
ADC melihat soalan tambahan YB Azmin Ali semalam kepada Menteri Dalam Negeri hanyalah helah jahat dirancang awal untuk menimbulkan ...
-
ADC ucap selamat datang kepada raja paling berkuasa di dunia, Raja Arab Saudi, Raja Salman. Hubungan dua hala antara arab saudi dan mala...
-
Melalui semakan daftar pemilih di laman web Suruhanjaya Piliharaya Malaysia (SPR) MENDAPATI calon Amanah di PRK Sg Besar, Azhar Ab...
-
Ingatkan nasihat bijak maha pandai Menteri KPDNKK, Datuk Hasan Malik sebelum ini membuatkan harga ayam jatuh mendadak dan perniaga ayam gulu...
No comments:
Post a Comment