Thursday 16 July 2015

MEMBALAS PERSOALAN YANG BERLEGAR DI KEPALA BLOGGER TERSOHOR APANAMA


Pertama bila membaca entri blogger APANAMA aka Saudara Firdaus,

http://www.apanama.my/2015/07/krisis-tabung-haji-1mdb-siapa-bohong.html Klik



Hati berkata - pasal apa Blogger tersohor ini belum faham, dimana silapnya sehingga krisis melibatkan Tabung Haji ( Pembelian Tanah TRX - Tabung Haji ) yang dikata diputar - belit ? ketika ADC menghabiskan bacaan tulisannya, ADC percaya bahawa APANAMA tak mengikuti rapat laporan mengenai krisis Tabung Haji ini sehingga selesai.

Krisis 1MDB yang cuba dibangkitkan - tidak sama sekali dalam isu pembelian tanah oleh Tabung Haji, sedangkan krisis 1MDB masih lagi dalam siasatan teliti oleh pihak PAC & Audit Negara.

Tabung Haji, melalui Pengerusinya Dato' Sri Abdul Azeez Abdul Rahim sudah memaklumkan menerusi sidang media tempoh hari bahawa Tanah TRX yang dibeli oleh Tabung Haji dalam proses dijual semula.

http://www.bharian.com.my/node/53847 Klik

Jual beli tanah ni, bukan macam tambah isteri wahai APANAMA !

Sudah pasti akan melalui proses penjualan yang sangat teliti oleh pembeli baru dan pihak Tabung Haji.

Tak perlu pihak TABUNG HAJI jawab ,  ADC jawab persoalan APANAMA ini sambil makan kuaci.

Ops! lupa, jangan bagi bola tanggung kat pembangkang kalau kita disebelah kerajaan - kan boleh bincang :)


Point untuk pesoalan APANAMA & FMT


           1. Pembelian Tanah.

Pembelian tanah kediaman daripada Kuala Lumpur International Financial District (KLFID) adalah berasaskan kepada penilaian berpatutan berserta diskaun. Harga tersebut adalah lebih rendah daripada transaksi-transaksi jual beli tanah yang berdekatan. 

TH membeli tanah tersebut pada harga RM 188.5 juta dengan diskaun RM 5.5 juta daripada harga yang di nilai oleh Juru Nilai Bertauliah Antarabangsa iaitu RM194 juta. Tuduhan yang mengatakan bahawa tanah tersebut di beli pada harga terlalu mahal tidak mempunyai asas. 


           2. Tanah masih belum dijual.


Tanah tersebut masih belum dijual walaupun TH menerima tawaran daripada pihak berminat.  Atas dasar menjaga kepentingan pendeposit,  TH perlu mempertimbangkan manfaat pulangan perniagaan jangka panjang. TH menerima banyak saranan daripada pendeposit, pihak-pihak tertentu  termasuk Ahli-Ahli Parlimen untuk TH memajukan tanah tersebut.

Bakal Pembeli tanah ini tidak akan menawarkan harga lebih daripada harga pasaran  semasa yang baru sahaja dinilai oleh Juru Nilai Bertauliah iaitu RM 194 juta.  Oleh itu, jika tanah tersebut dijual, TH hanya akan mendapat untung RM5.5 juta berbanding dengan jika tanah itu dimajukan.  Sekiranya tanah tersebut dimajukan, TH boleh membuat keuntungan sebanyak RM177.5 juta, unjuran keuntungan 27% dalam 3 tahun atau 9% setahun. 

3. Beli tanah halal atau tidak


TH telah melabur di pasaran hartanah sejak dulu lagi dan ia merupakan perniagaan teras THIsu sama ada jual beli tanah itu halal atau haram tidak timbul, kerana jual beli tanah adalah halal dalam Islam dan TH telah banyak membuat pembelian tanah untuk tujuan pelaburan. .  


TH sentiasa mematuhi semua syarat pelaburan TH berasaskan Syariah bagi memastikan pulangan yang halal dan toyyiban kepada para pendeposit lebih daripada 8.6 juta orang


4. Duit pendeposit tidak diguna untuk menyelamatkan 1MDB


TH tidak membuat sebarang pelaburan dalam 1MDB.  Pembelian tanah tersebut adalah semata-mata transaksi urus niaga yang telah melalui proses penilaian berperingkat dan menyeluruh yang bermula sejak tahun 2013 lagi.  Adalah menjadi tanggungjawab TH untuk meneliti setiap cadangan pelaburan yang diterima bagi memastikan TH tidak terlepas peluang pelaburan yang menguntungkan.



2 comments:

  1. Pencerahan yg baik, harap APANAMA terima dan x terus menerus sebar fitnah dan spin cerita kerana beliau sendiri yang akan terima dosanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita harap semua orang jangan termakan fitnah.

      Delete

TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA