Wednesday 5 August 2015

LEBIH RAMAI PENDERMA PERCAYA PM @NajibRazak KOMITED BANTU UMAT ISLAM


SUMBANGAN DANA RM2.6 BILION DITERIMA OLEH PERDANA MENTERI
Sebagaimana disebutkan dalam kenyataan media bertarikh 3 Ogos 2015, hasil siasatan SPRM mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma yang disumbangkan oleh pihak tertentu. SPRM tidak boleh mendedahkan identiti pihak yang mendermakan dana RM2.6 bilion kepada YAB Perdana Menteri.
Bagaimanapun untuk makluman orang ramai, SPRM telah memperoleh penjelasan daripada pihak penderma tentang derma yang diberi kepada YAB Perdana Menteri. SPRM telah mendapat tahu tentang butir penderma melalui dokumen yang diambil dari bank dan didapati bahawa terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun YAB Perdana Menteri. Dalam dokumen itu ada dijelaskan bahawa sumbangan RM2.6 bilion adalah sebagai derma. 
SPRM telah mendapatkan penjelasan daripada pihak penderma yang berasal dari Timur Tengah dan pihak berkaitan juga telah mengesahkan sumbangan derma tersebut.
Sumbangan derma RM2.6 billion itu tiada kaitan langsung dengan 1MDB.
Perbincangan juga telah diadakan dengan Peguam Negara Malaysia yang meminta supaya SPRM membuat penjelasan mengenai perkara ini sementara siasatan masih dijalankan.
Sehubungan itu, SPRM juga ingin memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan diminta untuk memberi penjelasan mengenai sumbangan derma yang diterima beliau kepada SPRM.
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA 
5 OGOS 2015

* PM Najib membuktikan bahawa usaha beliau membantu umat Islam di rantau Asia membuat lebih ramai penderma jutawan timur tengah berminat untuk memberi dana kewangan yang besar.


No comments:

Post a Comment

TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA