TERSASAR
Berikut adalah laporan dari akhbar CHINAPRESS.COM yang disifatkan tersasar sama sekali dalam laporan beritanya berkenaan inovasi kewangan DinarDirham. Kata laporan berita tersebut, DinarDirham sebagai sebuah skim piramid ponzi dan skim cepat kaya. Namun bagaimana pula DinarDirham yang sedang berkembang dan berdaya saing di peringkat global diantara pelopor inovasi baru kewangan dunia boleh dilaporkan sedemikian rupa, tidakkah pelik ! Jika skim cepat kaya dan skim piramid, China bukan tempat untuk perniagaan jenis ini.
PENAFIAN:
DINARDIRHAM bukan skim cepat kaya atau skim piramid. ADC menyediakan maklumat dan bukti bukan untuk mengesa pembaca menyertai perniagaan ini . Bukan itu niat ADC menulis !
CHINAPRESS.COM PATUT SIASAT WARTAWANNYA BUAT DUA KERJA/ DUA GAJI
Apa muslihat dan motif wartawan chinapress.com menulis laporan sedemikian rupa, sehari sebelum berlangsung IFX Asia di Hong Kong. Adakah Chinapress sedar bahawa tindakan wartawannya membuat berita itu, boleh menjejaskan beberapa syarikat konglemerat besar china yang sudah bekerjasama lama dan mempercayai bidang inovasi kewangan syarikat DinarDirham ? walaupun alasan tujuan memburukkan reputasi DinarDirham sekalipun, apakah mereka tidak fikir bahawa ia boleh menjejas pelaburan besar pemain dalam bidang yang sama.
Bagi ADC, Chinapress.com kena mengambil langkah proaktif mengurangkan laporan berita yang boleh menganggu-gagat ekonomi mereka sendiri. Siasatlah wartawan mereka yang tak beretika ini !
ANAK MELAYU BUKTI KEMAMPUAN
Pengasas DinarDirham, Sdr, Arai Ezzra kini berada di Hong Kong dan beliau akan menjadi panel sebaris pemain-pemain forex antarabangsa. Terbuktilah anak melayu hebat !
No comments:
Post a Comment