Wednesday 22 March 2017

DIALOG MAHATHIR DAN NAZRI AZIZ ; CAKAP BENAR JANGAN CAKAP BOHONG !





Selepas mengambil masa panjang, konar sana dan konar sini, akhirnya dialog mahathir dan nazri aziz di tetapkan pada hari Jumaat ini bertempat di Karangkraf, Shah Alam, Selangor. Gimik ini akhirnya berakhir juga ; dan mana yang tanya mengapa ambil masa lama sangat ; dialog sahaja pun ! jawapan ADC kalau nak tahu , ini cara mainan politik orang melayu jika mereka nak mula berlawan. ha ha ha

Mereka berdua - dilihat ada kapasiti masing-masing untuk bercakap, dan ada keupayaan mendedah dan melondehkan musuh sehingga berbuih mulut. Namun melihat kepada mereka berdua berdialog diatas pentas yang sama dengan membawa latarbelakang politik terkini mereka ia pasti sangat dinanti-nantikan.

Rakyat mahu mendengar kes-kes besar yang menjadi bahan bualan atau pemerasan kepala mampu di bincangkan tanpa sedikit pun berselindung dimana kini mereka berdua bukan lagi berjuang dibawah bumbung politik yang sama.

Mahathir terlalu terdedah dengan risiko andai penglibatan beliau selama 22 tahun dalam pentadbiran kerajaan didedahkan secara eksklusif oleh nazri aziz yang ketika itu membantu beliau mempertahankan kuasa selama tempoh mahathir memerintah.

Jika mereka berdua menggunakan pentas untuk mencari siapa menang atau siapa kalah, ADC nasihatkan mereka berdua jangan membuang masa, dimana rakyat mahu mendengar kebenaran dari mereka.

Yang pasti dialog ini, pasti akan menjadi panas - mungkin tidak boleh dikawal kerana sudah tentu kehadiran kedua-dua penyokong fanatik mereka berdua akan hadir serta bertindak balas.

Kalau tak selesai juga dengan berhujah, buka sahaja baju dan bergasak sahajalah. ha ha ha





No comments:

Post a Comment

TER-POPULAR PILIHAN PEMBACA